Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jurutera sedar kesilapan dalam pembinaan PIE yang runtuh

Nov 20, 2019 | 09:08 PM



JURUTERA yang menyediakan pelan pembinaan Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) yang runtuh pada July 2017, tahu bahawa pasukannya tidak berpengalaman dalam mereka jambatan tetapi gagal memberikan mereka bimbingan atau arahan.



Warga tetap Singapura berasal Indonesia, Robert Arianto Tjandra, 46 tahun, yang merupakan jurutera berkelayakan daripada subkontraktor CPG Consultants, juga gagal memeriksa rekaan bagi sesangga (corbel), yang berfungsi untuk mengukuhkan struktur tersebut.



Meskipun dia sedar terdapat kesilapan dalam pengiraan pasukan jurutera, Arianto Tjandra tidak mengambil langkah untuk mengatasinya.



Kecuaiannya mengakibatkan keruntuhan yang membunuh seorang pekerja dari Cina, Chen Yinchuan, 31 tahun dan mencederakan lagi 10 pekerja.



Kesemya 11 pekerja tersebut yang bekerja di tapak berkenaa, telah jatuh daripada ketinggian sembilan meter.



Pada 20 November, Rabu, Arianto Tjandra mengaku bersalah atas tiga daripada lima tuduhan, dengan baki dua tuduhan yang akan dipertimbangkan untuk hukuman.



Ini termasuk gagal mengambil langlah-langkah wajar untuk memastikan kerja-kerja pembinaan direkaa berdasarkan Akta Kawalan Bangunan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >