Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Juruterbang wanita termuda, 19 tahun, mendarat di Singapura

Dec 25, 2021 | 05:30 AM



WALAUPUN rancangannya terbantut akibat cuaca buruk, Cik Zara Rutherford, 19 tahun, yang sedang cuba menjadi wanita termuda terbang solo ke seluruh dunia, mendarat di Singapura semalam petang di Lapangan Terbang Seletar di Singapura.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Industri Aeroangkasa Singapura (AAIS), wanita Belgium-British itu yang berangkat dari Jakarta, Indonesia, telah dijadualkan singgah di Singapura semalam



Semasa di sini beliau telah bertemu Duta Belgium, Cik Colette Taquet, dan mantan juruterbang helikopter Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) serta Anggota Parlimen GRC Sembawang, Cik Poh Li San.



Misi Cik Rutherford, yang bermula pada Ogos dari Belgium, akan membawa beliau merentasi 52 negara dan lima benua dalam perjalanan sejauh 52,000 kilometer.



Melalui pengembaraan tersebut, beliau berharap dapat memberi inspirasi kepada kanak-kanak perempuan dan wanita muda untuk melibatkan diri dalam bidang sukan, sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (Stem) dan meneroka kerjaya dalam penerbangan.



"Saya akan menganggap misi saya berjaya jika saya berjaya memberi inspirasi kepada wanita muda.



"Saya ingin menunjukkan kepada mereka bahawa mereka boleh menjadi berani, boleh mempunyai impian tinggi dan membuat impian mereka menjadi kenyataan," kata beliau, yang mengunakan pesawat ultralight atau jenis ringan oleh pembuat pesawat Czech-Slovak, SHARK.AERO.



Mengulas mengenai pencapaiannya, Cik Taquet, berkata:



"Zara mewakili generasi baru wanita yang tidak kehilangan cita-cita mahu bekerja lebih keras untuk merealisasikan impiannya dan memberi inspirasi kepada gadis dan wanita muda di seluruh dunia.



"Daripada menceburi kerjaya dalam STEM dan penerbangan kepada objektif yang mencabar di perairan yang belum dilakakan, Zara adalah bukti nyata bahawa tiada yang mustahil apabila anda menumpukan fikiran anda kepadanya."



Dengan ketibaannya di Singapura melalui Lapangan Terbang Seletar, Cik Rutherford telah melalui lebih separuh daripada perjalanannya untuk memecahkan rekod.



Di Singapura beliau telah mengambil kesempatan mendekati pelajar Singapura dan peminat penerbangan melalui webinar yang dianjurkan bersama oleh AAIS, Kedutaan Kerajaan Belgium, Kedutaan Republik Czech dan Women in Aviation International Singapore Chapter (WAI SG).



Cik Lou-Ann Seet, Naib Presiden WAI SG, dan moderator di sesi tersebut berkata:



"Salah satu sebab kami mencipta the Singapore Chapter for Women in Aviation pada Mac 2021 adalah untuk memastikan wanita muda boleh mempunyai lebih banyak peluang dalam industri kami.



"Kami berharap melalui penglibatan seperti ini, lebih ramai wanita muda akan mendapat inspirasi untuk menceburi kerjaya penerbangan seperti menjadi juruterbang seperti Cik Poh Li San."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >