KABINET dan menteri tidak boleh mengelak tanggungjawab mengambil keputusan terhadap perkara melibatkan kepentingan awam, kata Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean.
Memberi respons kepada makalah berjudul Three key issues in the Lee vs Lee saga (Tiga isu utama dalam saga Lee lawan Lee) yang ditulis Editor Kelana akhbar The Straits Times Han Fook Kwang, Encik Teo berkata pihaknya masih berharap perbezaan pendapat tentang perkara peribadi boleh dihurai dalam keluarga.