Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kabut pagi: Mutu udara cecah paras sederhana 'agak tinggi'

Apr 21, 2017 | 09:27 AM



Indeks Piawaian Pencemaran (PSI) 24 jam berada di paras sederhana - dengan bacaan antara 62 hingga 94 - menunjukkan kemungkinan kembalinya 'serangan' jerebu ke atas Singapura.



Sehingga 9 pagi tadi, tahap pencemaran tertinggi berlaku di selatan negara ini pada ukuran 94 PSI - paras sederhana yang agak tinggi.



Tahap PSI yang mencecah 100 adalah petanda mutu udara tidak sihat, sementara ukuran 51 hingga 100 pula bermakna mutu udara adalah sederhana.



Indeks pencemaran udara telah mula meningkat sejak semalam (20 Apr).



Di bahagian timur, ia mencecah 89, dan di utara, 86. Mutu udara agak baik di bahagian barat dengan indeks pencemaran menunjukkan kadar 62, namun melonjak ke paras 80 di bahagian tengah negara ini.



Bacaan mutu udara bagi paras zarah PM2.5 adalah dalam lingkungan biasa (Band 1). Ia diantara 10 hingga 31 di bahagian barat, utara dan tengah negara ini, sementara di bahagian timur ia mencapai paras 42 dan 16 di bahagian selatan.



Band I, adalah dalam lingkungan 0 hingga 55, disifatkan 'biasa' sedang paras Band II adalah antara 56 hingga 150 dan dianggap 'kurang baik'.



Bacaan PM2.5 adalah ukuran bagi mutu udara dan boleh digunakan untuk merancang aktiviti luar rumah.



Menurut NEA di lamannya, kebanyakan orang boleh meneruskan aktiviti luar rumah seperti biasa sekiranya PSI 24 jam berada di paras 'sederhana'.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >