Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kadar banduan bentan bagi tempoh 2 tahun kekal rendah, antara terendah di dunia

Feb 10, 2023 | 05:30 AM



KADAR banduan bentan bagi tempoh dua tahun kekal rendah dan stabil pada sekitar 20 peratus, antara kadar terendah di peringkat global.



Ini bermakna lapan daripada 10 banduan yang dibebaskan pada 2020 tidak dipenjarakan semula, kata Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) semasa membentangkan perangkaan tahunan terkini dalam satu sidang media semalam di ibu pejabat penjara Singapura.



Kadar yang diterbitkan semalam menunjukkan kadar residivisme atau pesalah bentan yang dibebaskan dari penjara pada 2020 berada pada kadar 20.4 peratus.



Dengan kadar yang kekal rendah ini, ia menunjukkan keberkesanan program pemulihan yang disediakan kepada pesalah semasa menjalani hukuman penjara, diikuti dengan penyeliaan masyarakat berstruktur oleh SPS dan bantuan jagaan susulan yang disediakan oleh rakan kongsi masyarakat SPS selepas mereka dibebaskan ke dalam masyarakat, kata SPS.



Meskipun demikian, lebih banyak usaha yang boleh dilakukan jika merujuk kepada kadar residivisme lima tahun yang diterbitkan buat julung-julung kalinya.



Menurut kadar tersebut, ia kekal sekitar 40 peratus pada 2017, perangkaan yang berganda berbanding kadar residivisme selama dua tahun.



Kadar itu merujuk kepada peratusan pesalah yang kembali ke kancah dadah atau melakukan jenayah dalam tempoh lima tahun setelah dibebaskan, turun daripada 20 peratus turun daripada 41.7 peratus bagi kumpulan banduan yang dibebaskan pada 2015 dan 41.1 peratus bagi kumpulan yang dibebaskan pada 2016.



Ini bermakna enam daripada 10 banduan yang dibebaskan pada 2020 tidak kembali dipenjarakan,



Untuk menangani perkara ini, SPS dan Reben Kuning Singapura (YRSG) akan bekerjasama dengan rakan kongsi masyarakat untuk meningkatkan sokongan jangka panjang kepada bekas pesalah.



Pengarah komunikasi korporat dan perhubungan SPS, Penolong Pesuruhjaya (AC) Rafidah Suparman, berkata:



"Perkhidmatan Penjara Singapura dan Reben Kuning Singapura memerlukan sokongan masyarakat untuk membantu pesalah menjalani pemulihan supaya mereka tidak kembali melakukan jenayah atau mengambil dadah."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >