Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kadar banduan bentan capai paras terendah sepanjang 30 tahun

Feb 10, 2022 | 05:30 AM



KADAR keseluruhan banduan bentan kekal rendah dan stabil, malah mencapai paras terendah dalam bagi tempoh sepanjang 30 tahun lalu.



Perangkaan terkini dari Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS), yang diterbitkan semalam menunjukkan kadar recidisme atau pesalah bentan yang dibebaskan dari penjara pada 2019 berada pada kadar 20 peratus.



Ini bermakna hanya dua daripada 10 banduan yang dibebaskan pada 2019 tidak kembali dipenjarakan.



Kadar pesalah bentan bagi banduan yang dibebaskan pada 2018 adalah 22.1 peratus, berbanding 24 peratus bagi kumpulan yang dibebaskan pada 2017.



Kadar tersebut berkurangan sejak beberapa tahun lalu.



Pengarah komunikasi korporat dan perhubungan SPS, Penolong Pesuruhjaya (AC) Rafidah Suparman berkata kadar residivisme - mengulangi kesalahan - yang merosot ini merupakan hasil pendekatan yang diambil bagi mengurangkan risiko kesalahan semula dan penyepaduan pesalah ini semula ke dalam masyarakat.



Pendekatan ini memberi tumpuan membantu banduan melalui program pemulihan berasaskan bukti, di mana banduan mengambil kemahiran vokasional dan hubungan antara manusia, serta program sokongan yang membantu mereka mencari pekerjaan selepas mereka dibebaskan.



Di samping itu, program pemulihan melibatkan masyarakat juga membantu banduan kembali semula ke pangkuan masyarakat, kata AC Rafidah.



Bilangan banduan yang menjalani program pemulihan melibatkan masyarakat merosot sedikit kepada 3,402 tahun lalu, berbanding 3,426 pada 2020.



Antara program pemulihan melibatkan masyarakat adalah Skim Jagaan Lanjut Mandatori (MAS), yang dikhaskan buat pesalah berisiko tinggi.



Menurut SPS, kadar mereka yang menamatkan skim tersebut telah meningkat daripada 94 peratus pada 2020 kepada 94.4 peratus pada tahun lalu.



Mengulas tentang kadar itu, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, berkata "kadar pesalah bentan yang lebih baik ini menunjukkan bahawa strategi pemulihan dan penyepaduan semula SPS telah berjaya".



"Untuk membantu mereka kembali semula dengan lebih baik ke dalam masyarakat, Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) terus menempatkan banduan yang sesuai dalam program pemulihan melibatkan masyarakat ini," kata beliau dalam catatan di Facebook semalam.



Dalam pada itu, SPS juga giat bekerjasama dengan pertubuhan Reben Kuning Singapura (YRSG) bagi membantu banduan mendapatkan pekerjaan.



Tahun lalu, YRSG menyediakan bantuan pekerjaan kepada kira-kira 3,000 banduan, dengan 94 peratus daripada mereka mendapat pekerjaan sebelum dibebaskan.



"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pegawai SPS, rakan kongsi masyarakat dan sukarelawan kami atas kerja keras mereka dalam membantu banduan kami.



"Marilah kita terus bekerja rapat untuk menyokong perjalanan pemulihan mereka," ujar Dr Faishal.



Laporan lanjut: 






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >