Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kadar ERP lima lokasi naik mulai Isnin

Sep 14, 2022 | 05:30 AM



KADAR Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) akan dinaikkan sebanyak $1 mulai Isnin ini di lima lokasi ekspreswe tertentu demi menangani kesesakan lalu lintas.



Lokasi gantri berkenaan adalah; Ekspreswe Ayer-Rajah (AYE) sebelum Alexandra menuju ke bandar; AYE selepas Jurong Town Hall menuju ke bandar; Ekspreswe Central (CTE) selepas Braddell Road menuju ke arah selatan; Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) di Kallang Bahru dan jalan keluar ke Bendemeer; dan gantri-gantri di CTE menuju ke arah utara selepas PIE.



Perubahan kadar ERP ke semua gantri tersebut berkuat kuasa pada 19 September bagi lima tempoh waktu tertentu, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam satu kenyataan semalam.



LTA berkata keadaan lalu lintas semakin sesak di beberapa lokasi ekspreswe, dan perubahan itu dibuat selepas ia memantau keadaan trafik sepanjang Ogos lalu.



Di AYE sebelum Alexandra menuju ke bandar dan dua gantri di PIE di Kallang Bahru dan laluan keluar Bendemeer, pemandu kenderaan perlu membayar $1 dari 8.30 hingga 9 pagi.



Bagi tiga gantri di AYE selepas Jurong Town Hall menuju ke bandar, pemandu perlu membayar $3 dari 5.30 hingga 6 petang, berbanding $2 sekarang.



Ketika melalui empat gantri di CTE ke arah selatan selepas Braddel Road dan laluan keluar PIE ke CTE menuju ke arah selatan, pemandu perlu membayar $4 dari 8.30 hingga 9 pagi, naik daripada $3 ketika ini.



Bayaran $1 juga diperlukan ketika melalui dua gantri di CTE selepas PIE menuju ke arah utara dari 7.30 hingga 8 malam.



Kadar ERP kali terakhir diubah Ogos lalu apabila tambahan $1 dikenakan di empat lokasi.



Kadar bagi gantri dan tempoh waktu diumumkan sebelum ini tidak diubah, kata LTA.



"Dengan perubahan ini, bilangan lokasi dan slot waktu yang dikenakan bayaran kekal lebih rendah berbanding jumlah yang dikenakan bayaran sebelum Covid," tambahnya.



LTA berkata ia akan terus memantau kelajuan lalu lintas dan paras kesesakan dengan teliti dan akan membuat penilaian jika kadar ERP perlu diubah lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >