Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kadar ERP waktu sibuk naik $1 di bahagian tertentu AYE, CTE

Apr 05, 2021 | 08:19 PM



KADAR Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) akan dinaikkan $1 pada waktu sibuk di bahagian tertentu Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) dan Eksprewe Central (CTE), mulai 12 April ini.


Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Isnin (5 April) berkata gantri yang terjejas ialah di bahagian AYE selepas Jurong Town Hall menghala ke bandar antara 5.30 petang dengan 6.30 petang; CTE arah selatan sebelum Braddell Road antara 7 pagi dengan 10 pagi; CTE arah selatan selepas Braddell Road dan jalan susur Ekspreswe Pan Island (PIE) ke CTE arah selatan antara 7.30 pagi dengan 10 pagi; lorong tambahan CTE arah selatan ke PIE (Changi)/Serangoon Road antara 8 pagi dengan 10 pagi; dan CTE arah utara selepas PIE antara 5.30 dengan 6 petang.


Berikutan penyesuaian ini, pemandu akan dikenakan caj ERP di 12 gantri berbanding 77 gantri sebelum Covid-19.


Kadar tertinggi ERP berharga $3 berbanding $6 sebelum Covid-19, kata LTA dalam kenyataannya.



Menurut LTA, penyesuaian kadar ERP itu adalah untuk mengawal kesesakan di lokasi tersebut dan meratakan lagi jumlah trafik.


Berdasarkan pemantauan LTA ke atas keadaan trafik Februari dan Mac tahun ini, terdapat perubahan struktur kepada tempoh sibuk trafik pada waktu pagi.


“Daripada jumlah trafik yang sangat tinggi dalam masa singkat, kami melihat keadaan trafik yang sibuk dalam tempoh yang lebih panjang, dari 7 pagi hingga 10 pagi,” kata LTA.


LTA menambah kelajuan trafik kekal optimum di semua jalan raya utama, termasuk di kawasan pusat bandar (CBD).


Justeru, kadar ERP di lokasi tersebut kekal percuma sehingga semakan seterusnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >