Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kadar faedah 4% Akaun Khas, MediSave dan Persaraan CPF dilanjut ke akhir 2023

CPF
Sep 21, 2022 | 06:54 PM



KADAR lantai 4 peratus bagi faedah yang diraih daripada semua wang dalam Akaun Biasa (OA) dan Akaun Khas (SA), Medisave dan Persaraan (SMRA) telah dilanjutkan setahun lagi hingga 31 Disember tahun depan.


Dalam satu kenyataan bersama pada Rabu (21 Sep), Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) menyatakan kadar faedah CPF disandarkan pada instrumen pasaran yang mempunyai risiko dan tempoh setanding bagi memastikan anggotanya menerima pulangan adil dan munasabah. 





Sejak 1 Januari 2008, simpanan dalam SMRA dilaburkan dalam Sekuriti Khas Pemerintah Singapura (SSGS), yang mendapat kadar faedah yang disandarkan pada hasil purata 12 bulan Sekuriti Pemerintah Singapura 10 tahun (10YSGS) dan ditambah 1 peratus. 





“Walaupun kenaikan kadar faedah baru-baru ini telah membawa kepada peningkatan dalam kadar SMRA yang ditetapkan, mereka kekal di bawah kadar lantai 4 peratus,” tambah kenyataan itu.





Pemerintah sekali gus akan melanjutkan kadar lantai 4 peratus bagi faedah SMRA untuk membantu anggota CPF mengembangkan simpanan mereka secara konsisten, kata dua agensi itu. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >