Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kadar faedah CPF terus dikekal sepanjang suku kedua 2023

Feb 25, 2023 | 05:30 AM



KADAR faedah Tabung Simpanan Pekerja (CPF) akan terus dikekalkan sepanjang suku kedua 2023.



Ini kerana kadar faedah bagi ketiga-tiga Akaun Biasa (OA), Akaun Khas dan Medisave (SMA) kekal lebih rendah daripada kadar lantai OA dan SMA itu pada 2.5 peratus dan 4 peratus.



Dalam satu kenyataan bersama, CPF dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) berkata, penyumbang CPF berusia bawah 55 tahun akan terus menikmati kadar faedah 3.5 peratus setiap tahun bagi simpanan OA mereka dan sehingga 5 peratus setiap tahun bagi SMA.



Kadar faedah tersebut termasuk tambahan 1 peratus yang dinikmati bagi jumlah simpanan gabungan pertama yang mencecah $60,000. Baki OA dihadkan pada $20,000.



Bagi mereka yang berusia 55 tahun dan ke atas, pemerintah memberi lagi 2 peratus bagi baki simpanan $30,000 yang pertama dan lagi 1 peratus bagi $30,000 seterusnya.



Ini bermakna mereka boleh menikmati kadar faedah 6 peratus setiap tahun bagi simpanan persaraan mereka.



Kadar faedah tambahan itu, menurut kenyataan itu adalah sebagai sebahagian usaha pemerintah untuk mempertingkat simpanan persaraan penyumbang CPF.



Faedah tambahan yang diterima menerusi OA itu akan disalurkan ke Akaun Khas (SA) atau Akaun Persaraan (RA).



Jika penyumbang CPF itu berusia lebih 55 tahun dan menyertai skim CPF Lifelong Income For the Elderly (CPF LIFE), feadah tambahan akan diterima menerusi baki simpanan gabungan termasuk simpanan yang diguna bagi CPF LIFE.



CPF dan HDB berkata, pemerintah sedang memantau sekitaran kadar faedah secara teliti untuk memastikan kadar faedah CPF yang ditetapkan kekal relevan bagi sekitaran operasi semasa sambil menimbangkan keadaan jangka masa lama depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >