Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kadar faedah naik ke paras 2008 dek kebimbangan ekonomi

Jan 14, 2016 | 09:57 AM



KADAR faedah - yang mempunyai kesan langsung ke atas pinjaman perumahan di Singapura - telah meningkat dan kini berada di paras tinggi yang kali terakhir dilihat semasa krisis kewangan 2008.


Kenaikan mendadak kadar faedah dalam beberapa hari kebelakangan ini satu tanda bahawa kebimbangan umum ekonomi - daripada turun naik nilai dolar Singapura kepada kelembapan ekonomi China - kini telah menjejaskan pasaran wang jangka pendek.


Kadar tawaran antara bank Singapura (Sibor) tiga bulan, yang digunakan secara meluas bagi kadar gadai janji, atau pinjaman perumahan, setinggi 1.252 peratus pada Rabu (13 Jan), meningkat 5.6 peratus daripada 31 Disember 31.


Satu lagi penanda aras utama, kadar tawaran pertukaran (SOR) tiga bulan, setinggi 1.762 peratus pada Rabu, meningkat 3.7 peratus sejak 31 Disember.


Kadar faedah tinggi dan prospek ia naik lagi memberi tekanan kepada pemilik rumah.


Akhbar The Straits Times melaporkan pada Khamis bahawa ketua eksekutif MoneySmart, Encik Vinod Nair, berkata semakin banyak pemilik berpindah daripada gadai janji berdasarkan Sibor atau SOR dan mendapatkan pembiayaan semula menggunakan pinjaman yang disandarkan pada kadar simpanan tetap atau pinjaman berkadar tetap dengan tempoh satu hingga tiga tahun.


Ketua eksekutif SingCapital, Encik Alfred Chia, memberi amaran mengenai kos pinjaman yang akan lebih tinggi pada masa depan.


"Dengan kadar simpanan tetap semakin meningkat, hanya menunggu masa sebelum bank tempatan perlu mengkaji semula dan meningkatkan kadar lembaga (Sibor dan SOR) dan kadar utama (kadar faedah pinjaman daripada bank) masing-masing."


Selain itu, kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat menarik pelabur global kembali ke sana, membuat dolar Amerika naik berbanding mata wang lain, seperti Singdollar.


Seorang ahli strategi kanan di ANZ di Singapura, Encik Goh Khoon, berkata Singdollar yang lemah boleh membuat Sibor dan SOR naik lagi.


Ini kerana Singdollar yang lemah boleh menyebabkan pengaliran keluar dana, sekali gus mengurangkan bekalan Singdollar dalam pasaran wang tempatan.


Ini akan menyebabkan kadar faedah di sini meningkat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >