Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kadar pengambilan kerja meningkat, kadar pengangguran kekal rendah

Jan 31, 2023 | 06:15 PM



KADAR pengambilan kerja keseluruhan Singapura meningkat bagi suku kelima berturut-turut pada suku keempat tahun lalu, dengan kadar pengangguran kekal rendah, di bawah tahap sebelum pandemik.


Ini sedang Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menarik perhatian bahawa momentum peningkatan dalam pasaran pekerja akan kian perlahan tahun ini, dengan pertumbuhan ekonomi yang diramal perlahan tahun ini.


Menurut perangkaan awal MOM, kadar pengambilan kerja tidak termasuk pembantu rumah migran naik sebanyak 47,400 pekerja pada suku keempat tahun lalu.


“Sementara pertumbuhan kadar pengambilan kerja bukan penduduk masih menyumbang kepada sebahagian besar kenaikan itu, ia kini lebih perlahan berbanding paras tinggi yang dicapai dalam dua suku sebelum ini,” ujar MOM sambil menambah, kenaikan kadar pengambilan kerja bukan penduduk pada suku keempat tahun lalu tertumpu pada sektor binaan.


Kadar pengambilan kerja dalam kalangan penduduk juga meningkat pada suku keempat tahun lalu, dengan pengambilan pekerja bagi musim perayaan hujung tahun dalam sektor seperti runcit serta khidmat makanan dan minuman (F&B).


Bagi tahun lalu, kadar pengambilan kerja secara keseluruhan bertambah sebanyak 231,700 pekerja, malah melebihi tahap sebelum pandemik sebanyak 3 peratus, menurut MOM.


Tambahnya, ini sebahagian besarnya didorong golongan bukan penduduk, diikuti dengan langkah melonggarkan kawalan sempadan pada April tahun lalu serta mengisi kerja kosong dalam sektor seperti binaan.


Dalam pada itu, kadar pengangguran pula kekal rendah pada Disember tahun lalu, sekitar 2 peratus secara keseluruhan, di bawah tahap sebelum pandemik.


 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >