Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Kadar pesalah bentan capai paras terendah dalam sedekad

Feb 05, 2021 | 05:30 AM



KADAR keseluruhan banduan bentan tahun lalu kekal rendah dan stabil malah mencapai paras terendah 22.1 peratus dalam tempoh sedekad lalu.



Ini bermakna lapan daripada 10 banduan yang dibebaskan pada 2018 tidak kembali dipenjarakan, kata Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) semasa membentangkan perangkaan tahunan dalam satu sidang media kelmarin.



Kadar itu, yang merujuk kepada peratusan pesalah yang kembali ke kancah dadah atau melakukan jenayah dalam tempoh dua tahun setelah dibebaskan, turun daripada 24 peratus bagi kumpulan banduan yang dibebaskan pada 2017 dan 23.7 peratus bagi kumpulan yang dibebaskan pada 2016.



Sementara itu, bilangan banduan yang diletakkan di bawah pembetulan masyarakat naik 42 peratus ke 3,426 tahun lalu berbanding 2,415 pada 2019.



Bilangan yang dicatat tahun lalu itu yang tertinggi sejauh ini, kata SPS.



"Pemulihan paling baik dilakukan dalam masyarakat kerana itulah masanya mereka mengalami tekanan kehidupan sebenar termasuk pekerjaan, keluarga dan peribadi. Tempat terbaik untuk menyepadukan mereka semula adalah untuk meletakkan mereka dalam sekitaran sebenar dan bukan dalam sekitaran penjara," kata pengarah komunikasi korporat dan perhubungan SPS, Penolong Pesuruhjaya (AC) Rafidah Suparman.



Pembetulan masyarakat terdiri daripada program berasaskan masyarakat (CBP), skim penjagaan lanjut wajib (MAS) dan hukuman berasaskan masyarakat (CBS).



CBP membolehkan banduan yang sesuai untuk menjalani baki penghujung hukuman mereka dalam masyarakat dengan dikenakan syarat tertentu seperti dipantau secara elektronik atau menjalani kaunseling.



Kesesuaian mereka bagi CBP bergantung kepada beberapa faktor termasuk tindak balas banduan terhadap program pemulihan, tingkah laku dan kemajuan di penjara, sokongan keluarga dan rancangan penyepaduan semula.



CBP terbahagi kepada tiga skim iaitu skim tahanan rumah, skim rumah peralihan dan skim pelepasan kerja.



Skim tahanan rumah membenarkan banduan yang mempunyai sokongan dari keluarga dan masyarakat menjalani hujung hukuman mereka di rumah.



Skim rumah peralihan membenarkan banduan menginap di rumah peralihan seperti Pertapis dan Jamiyah (Darul Islah) dan mengikuti program pemulihan berstruktur di sana.



Skim pelepasan kerja pula membenarkan banduan keluar bekerja tetapi perlu menginap di Kompleks Selarang Park.



SPS berkata kadar banduan yang menyelesaikan CBP kekal tinggi, iaitu 90.1 peratus bagi banduan Pusat Pemulihan Dadah (DRC) dan 95.2 peratus bagi banduan penjara.



SPS juga mengumumkan yang lapan banduannya kini sedang mengikuti program ijazah sarjana muda dalam pengurusan rantaian bekalan dan logistik yang ditawarkan oleh Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).



Program sambilan lapan tahun itu bermula Julai lalu dan disampaikan oleh pensyarah SUSS secara dalam talian disebabkan oleh Covid-19 tetapi mula dijalankan secara bersemuka di penjara sejak minggu ini.



Secara keseluruhan, bilangan banduan yang dimasukkan ke penjara dan DRC tahun lalu turun ke 6,219 dari 8,574 pada 2019 bagi penjara dan 1,905 dari 2,080 pada 2019 bagi DRC.



Tiada hukuman mati dijalankan tahun lalu, turun dari empat pada 2019 dan 13 pada 2018.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >