Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kadar purata harga sewa bilik hotel merosot November lalu

Dec 24, 2022 | 01:53 PM



KADAR purata harga sewa bilik hotel (ARR) di Singapura merosot buat bulan kedua berturut-turut bulan November.

Namun demikian, ia kekal lebih tinggi daripada kadar yang dicatatkan sebelum September 2022.


September 2022 adalah kadar tertinggi ARR dicatatkan dalam 14 tahun menurut data  Lembaga Pelancongan Singapura (STB) Jumaat (23 Nov).


ARR meningkat 58.6 peratus daripada tempoh tahun lalu kepada $276.53.

Namun demikian, ia adalah 2.3 peratus lebih rendah daripada semakan Oktober pada harga $282.91 dan di bawah rekod September pada harga $283.47.


Keseluruhan pendapatan bilik hotel juga turun pada November, merosot 5 peratus kepada $391.9 juta daripada $412.4 juta pada Oktober.

Namun, ia masih melepasi paras tertinggi sebelum wabak sebanyak $383.4 juta pada Ogos 2019.


Angka yang lebih rendah pada  November berlaku apabila ketibaan pelancong turun sedikit kepada 816,254 buat  bulan itu.


Namun, kadar penginapan  purata November tahun ini adalah sebanyak 86.6 peratus, lebih tinggi daripada 85.1 peratus dari bulan sebelumnya dan sedikit melebihi kadar prapandemik pada Disember 2019 dan Januari 2020. 

Pada tahun itu, ia meningkat 8.7 peratus.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >