Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kadar salah guna dadah kalangan Melayu berkurang: Masagos

Bilangan ditangkap merosot kepada 289 pada 2022 berbanding 366 pada 2021; hargai usaha semua pihak berkepentingan
Feb 22, 2023 | 05:30 AM



MASYARAKAT Melayu/Islam telah mencapai kemajuan dan berada di landasan yang betul dalam usaha menangani penyalahgunaan dadah.



Bilangan mereka yang menyalahgunakan dadah yang ditangkap telah merosot daripada 366 pada 2021 kepada 289 pada 2022, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dalam satu pos di Facebooknya pada Selasa.



Encik Masagos menyatakan bahawa penurunan sebanyak 21 peratus itu adalah hasil kerja keras dan dedikasi bertahun-tahun daripada pelbagai pihak berkepentingan yang terlibat dalam memastikan Singapura bebas dadah.



Beliau menambah bahawa beliau amat berbangga dengan usaha Biro Narkotik Pusat (CNB) serta rakan kongsi masyarakat dalam kerjasama mereka untuk mengatasi masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat Melayu.



"Saya amat berbangga dengan usaha yang diterajui CNB dan badan-badan masyarakat kita untuk terus mendidik orang ramai, terutamanya golongan belia, tentang bahaya penyalahgunaan dadah serta mengapa mereka perlu menjauhkan diri daripada dadah," kata beliau.



Encik Masagos akur bahawa mengurangkan jumlah penyalahgunaan dadah bukanlah satu perkara yang mudah dan beliau menyatakan bahawa banyak negara telah menyerah kalah dalam perang untuk mengatasinya.



Beliau menambah bahawa pencapaian yang memberangsangkan itu mencerminkan pentingnya pendekatan menyeluruh yang telah melibatkan masyarakat yang aktif dan saling bekerja sama bagi menangani isu serta cabaran-cabaran yang dihadapi.



"Organisasi-organisasi seperti M Kuasa Tiga (M³), Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Yayasan Mendaki dan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (PA Mesra) telah bekerja rapat dengan agensi pemerintah dan badan Melayu/Islam (MMO) bagi menyediakan sokongan holistik kepada pesalah, bekas pesalah dan keluarga mereka," kata beliau, sambil menggalak orang ramai untuk terus bekerjasama dalam usaha mereka untuk membina masyarakat Singapura yang berjaya, penyayang dan gemilang.



Beliau menyatakan lebih 300 keluarga telah berjaya memanfaatkan khidmat yang ditawarkan Pusat Khidmat Penjagaan Berterusan Bagi Pesalah dan Keluarga (Fitrah), termasuk khidmat pendamping, rujukan untuk bantuan kewangan serta kelas-kelas agama di masjid.



Mereka juga dirujukkan kepada Mendaki bagi mendapatkan bantuan pekerjaan serta pendidikan.



Usaha-usaha itu adalah di antara program-program utama di bawah bidang fokus kedua M³, yang diterajui oleh Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



Dr Muhammad Faishal menyatakan Sabtu lalu bahawa kempen Dadah Itu Haram akan dikemaskini dan diperluaskan untuk melibatkan lebih ramai anggota masyarakat dalam usaha memerangi dadah dan mendidik masyarakat tentang kesan bahaya penyalahgunaan dadah.



Ini termasuk memperkasakan golongan ibu bapa dan belia untuk sama-sama memainkan peranan mendidik dan memantau anak-anak dan rakan-rakan mereka supaya tidak terjebak dalam kancah dadah sedang lebih ramai belia di sini ditangkap kerana menyalahguna kanabis atau ganja pada 2022.



Menurut perangkaan CNB yang dikeluarkan Rabu lalu, bilangan mereka yang menyalahgunakan dadah baru yang ditangkap telah turun sebanyak 15 peratus daripada 936 pada 2021 kepada 797 pada 2022.



Sekitar separuh daripada mereka berusia bawah 30 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >