Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kadar tol di Pusat Pemeriksaan Tuas disemak

Mar 17, 2023 | 05:30 AM



PENGUASA Pengangkutan Darat (LTA) akan menyemak semula kadar tol di Pusat Pemeriksaan Tuas supaya ia sejajar dengan semakan semula bagi kadar tol Plaza Tol Tanjung Kupang (Link Kedua) di Johor, Malaysia.



Ini selaras dengan dasar Singapura untuk memadankan kadar tol yang dikenakannya dengan kadar tol yang dikenakan Malaysia.



Demikian diumumkan LTA dalam satu kenyataan media pada Khamis.



Tiada perubahan kadar tol bagi Pusat Pemeriksaan Woodlands diumumkan.



Mulai 31 Mac 2023, LTA berkata ia akan menyemak semula kadar tol bagi semua kenderaan kecuali motosikal, yang mana kadar rata akan dikenakan tanpa mengambil kira waktu.



Ini berbanding kadar tol pada masa ini, di mana harga berbeza dikenakan pada waktu sibuk dan waktu bukan sibuk.



Menurut LTA, waktu sibuk adalah antara 5 pagi hingga 10 pagi dan 3 petang dan 11 petang manakala waktu bukan sibuk adalah di luar waktu sedemikian.



Kadar baru bagi kereta yang akan dikenakan adalah $2.10.



Teksi, van atau kenderaan muatan ringan dan bas pula, masing-masing dikenakan tol $1.60, $5.60 dan $2.50.



Kenderaan muatan berat dikenakan kadar paling mahal berbanding kategori kenderaan lain, iaitu $11.30.



Dalam pada itu, pengendali lebuh raya Malaysia, PLUS, berkata pada Februari bahawa ia akan memansuhkan diskaun bukan waktu sibuk mulai 1 Mac bagi kenderaan yang melalui Plaza Tol Tanjung Kupang.



Kadar tol bukan waktu sibuk diperkenalkan pada 2018 bagi menggalakkan pengguna menggunakan Link Kedua di luar waktu sibuk.



Namun lima tahun selepas ia dilaksanakan, tiada peningkatan ketara bagi jumlah trafik di luar waktu sibuk di Plaza Tol Tanjung Kupang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >