Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kadar vaksinasi warga emas naik, namun usaha perlu ditambah: Ye Kung

Aug 01, 2021 | 05:30 AM



KADAR vaksinasi di kalangan warga senja yang berusia 60 tahun ke atas semakin meningkat, namun begitu masih banyak yang perlu dilakukan, kata Menteri Kesihatan Ong Ye Kung.



Bercakap kepada wartawan semasa kunjungannya ke pusat vaksinasi bergerak yang terletak di Dewan Serbaguna 22A Whampoa semalam, Encik Ong berkata pasukan vaksinasi bergerak telah beroperasi sejak tiga minggu yang lalu, dan berjaya meningkatkan kadar vaksinasi di kalangan warga emas.



Jumlah warga senja yang belum mendapatkan vaksinasi dari kumpulan usia ini telah merosot kepada 177,000 orang, tambah Encik Ong.



Sebelum ini, pasukan bertindak berbilang kementerian (MTF) bagi Covid-19 dalam sidang media pada 20 Julai lalu berkata terdapat 200,000 warga senja yang berusia 60 tahun ke atas yang belum mendapatkan vaksinasi.



Sejak 7 Julai, pasukan vaksinasi bergerak telah mendekati sekitar 3,240 individu, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya semalam.



Pasukan ini akan ke kelab dan pusat masyarakat terpilih yang belum lagi digunakan sebagai pusat vaksinasi, serta pusat jawatankuasa penduduk di blok-blok HDB, di sekitar kawasan perumahan termasuk Bukit Merah, Sengkang, Tampines dan Yishun.



Encik Ong turut berkata usaha memberikan vaksinasi ini telah membuahkan hasil disebabkan usaha akar umbi serta sukarelawan yang berkunjung ke rumah warga tea dan membawa mereka untuk mendapatkan vaksinasi.



"Jadi itulah salah satu usaha kami buat masa ini, semua bantuan dihulurkan bersama pasukan vaksinasi bergerak, yang telah membuat kunjungan rumah ke rumah dan membawa warga senja ini untuk mendapatkan vaksinasi," katanya.



Usaha utama lain yang dijalankan MOH termasuk menggesa para doktor untuk meyakinkan warga senja untuk mendapatkan suntikan - satu usaha yang juga cukup berkesan, kata Encik Ong.



Beliau menambah, sepanjang hujung minggu ini atau hingga esok, MOH akan menghubungi semua doktor awam (GP) dan pengamal perubatan tradisional Cina untuk mendapatkan bantuan mereka dalam meyakinkan pesakit mereka untuk mendapatkan vaksinasi.



"Adalah penting bagi kita jika kita ingin membuat keputusan dalam membuka semula ekonomi kita...kita mesti mendekati setiap warga senja kerana mereka yang paling rentan...untuk memastikan ramai di kalangan mereka mendapatkan vaksinasi," kata Encik Ong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >