KESEMUA penerima Anugerah Muis tahun ini mencerminkan nilai-nilai sebuah masyarakat gemilang yang diidamkan - iaitu keperibadian, kemahiran dan kewarganegaraan, kata bakal Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Kadir Maideen.
Demikian menurut Encik Kadir dalam ucapannya di majlis penyampaian yang diadakan secara maya, semalam yang turut dihadiri oleh Presiden Halimah Yaacob.