BILANGAN teksi yang berada di jalan raya akan diukur berdasarkan jumlah teksi yang telah disewa dan bukan jumlah yang dimiliki syarikat teksi.
Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam kenyataannya berkata kaedah mengukur bilangan tersebut diperkenalkan sebagai respons kepada maklum balas Persatuan Teksi Nasional serta syarikat-syarikat teksi.
Ia akan dikuatkuasakan secara retrospektif mulai 1 Januari 2015.
LTA akui bahawa dengan menggunakan teksi yang disewa untuk mengimbangi ketersediaan, barulah kecekapan teksi yang disewa dapat diukur dengan lebih tepat.