Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

Penerima zakat mahu kembali sihat agar mampu berdikari

May 21, 2019 | 05:30 AM



PADA masa senggangnya, Encik Zulkiffli Hamid gemar membuat kraf tangan dan membaiki barangan antik.



Selain melukis, beliau pernah menangkap sepasang belangkas. Selepas melalui proses membersihkan dan mengeringkan, kulit ketam itu kini menjadi perhiasan rumah.



Hasil tangannya ada kala dijual bagi meraih pendapatan sampingan buat keluarga.



"Ada jugalah tambah-tambah buat duit," kata Encik Zulkiffli, 50 tahun.



Kurang 10 tahun lalu, kehidupan Encik Zulkiffli sebenarnya jauh berbeza.



Ketika itu, beliau bekerja sepenuh masa sebagai penyelia pembersihan.



Bahkan, beliau pernah membawa pulang hampir $3,000 sebulan. Beliau mampu membawa keluarganya keluar beriadah dan makan di luar.



Namun, segalanya punah pada 2014. Beliau tiba-tiba jatuh sakit. Dalam masa 10 bulan sahaja, beliau tidak boleh berjalan.



"Saya ingat sakit biasa. Pergi doktor. Doktor pun belum tahu apa-apa.



"Apabila saya jalani imbasan X-ray dan imbasan lain, baru tahu urat belakang semua banyak terjejas," ujarnya.



Beliau kemudian disahkan menghidapi sejenis artritis yang menjadikan sendi dan ototnya kejang hingga menyebabkannya tidak mampu berjalan.



Doktor kemudian menasihatkannya supaya menjalani pembedahan kaki.



Sejurus pembedahan tersebut dilakukan, Encik Zulkiffli berkata doktor menulis nota menjelaskan bahawa beliau tidak kuat bekerja.



"Apabila datang sakitnya, kadang-kadang pegang cawan kopi pun boleh beberapa kali terlepas. Barang berat seperti beras dan minyak lima kilogram semua dah tak boleh angkat," katanya.



Dengan lima anak yang masih kecil, beliau tidak mampu berdiam diri. Mereka berusia antara dua dengan 11 tahun serta masih bersekolah.



Beliau perlu mendapatkan bantuan bagi memastikan keperluan keluarga dan perubatan tidak terabai.



Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, tiga anaknya pula mengalami semput. Keadaan satu daripada mereka pun agak serius.



Isterinya, Cik Hasinah Ramlan, 31 tahun, pernah bekerja secara sambilan sebagai pembantu rumah.



Namun, beliau berhenti kerja tahun lalu untuk menjaga anak dan suami di rumah.



Pada 2017, Encik Zulkiffli mengambil keputusan pergi ke Masjid Jamiyah Ar-Rabitah di Bukit Merah untuk mendapatkan bantuan.



Menerusi pertemuannya dengan pegawai pembangunan sosial (SDO) masjid tersebut, Encik Zulkiffli dan keluarga menerima bantuan zakat.



"Selain wang zakat setiap bulan, Muis akan beri wang tambahan setiap Ramadan untuk membeli baju Raya buat seisi keluarga. Hujung tahun pun ada bantuan lagi. Muis (dan masjid) banyak bantu kita. Alhamdulillah," katanya.



Selain bantuan kewangan, masjid menyediakan kelas tuisyen dan madrasah percuma buat mereka.



Masjid turut bantu mendapatkan komputer riba bagi kegunaan sekolah anak sulung Encik Zulkiffli, yang kini menuntut di Sekolah Rendah Zhangde.



Hasil bantuan menyeluruh yang diberi, SDO masjid, Encik Abdul Halim Musadek, berkata anak Encik Zulkiffli kini banyak menyertai kegiatan anjuran Masjid Jamiyah Ar-Rabitah.



"Ini menggalakkan mereka berfikiran positif. Alhamdulillah, dengan sokongan ibu bapa, insya-Allah mereka akan menjadi individu berfikiran positif," kata Encik Abdul Halim.



Kini, setiap hari, Encik Zulkiffli memastikan dirinya melakukan senaman ringan. Beliau pun tidak terlepas mengikuti terapi untuk memperbaiki keadaannya.



"Dulu saya tak boleh pegang kepala tapi selepas saya pergi terapi, sekarang dah boleh," ujarnya.



Meskipun dugaan hidup seakan belum nampak penghujungnya, beliau berazam kembali bekerja dan menyara keluarga.



"Saya berdoa agar saya kembali pulih dan boleh bekerja, jadi saya boleh beli rumah, bantu anak dan isteri sampai akhir hayat. Itu harapan saya yang paling tinggi," katanya.



  • Shamsul Jangarodin ialah penulis sambilan.


KAEDAH BAYAR ZAKAT



Bayar zakat harta dan fitrah secara tunai atau cek menerusi:



a) Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), 273 Braddell Road, Singapura 579702. Cek harus dipangkah dan bayaran ditulis atas nama Muis.



b) Masjid, iaitu pusat pungutan zakat bertauliah Muis.



c) Nets atau CashCard di stesen layan diri AXS serata negara.



d) Laman ENETS DEBIT www.zakat.sg.



e) Ansuran bulanan melalui Giro. Muat turun borang di www.zakat.sg, isi dan hantarkan kepada Muis.



f) Institusi kewangan, khas buat pelanggan



- Laman CIMB Clicks



- Akaun Al-Wadiah OCBC



- DBS/POSB: mesin ATM, perbankan Internet internet-banking.dbs.com.sg atau aplikasi telefon bijak DBS, POSB atau PayLah!




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >