Kafe guna app untuk jimat
Sebagai sebahagian daripada Perancangan Perubahan Industri (ITM) khusus bagi khidmat makanan, perniagaan makanan dan minuman (F&B) digesa mengambil usaha proaktif untuk berinovasi dan mempertingkat produktiviti. Berita Minggu meninjau dua pemilik F&B yang melaksanakan inisiatif menerapkan teknologi dalam perniagaan mereka. Kafe I Am jimat kos hingga $10,000 sebulan
Mar 26, 2017 | 05:30 AM
PELANGGAN yang menjamu selera di Kafe I Am dan & Why tidak perlu lagi menunggu kakitangan kafe untuk membuat tempahan makanan dan membayar bil makanan.
Mereka boleh melakukannya sendiri menggunakan aplikasi Waitrr di telefon bimbit mereka.