Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kafe istimewa

Dikendali sebagai pusat latihan kerja golongan berkeperluan khas
Jul 29, 2018 | 05:30 AM



PENGALAMAN mula bekerja merupakan detik teruja dan membanggakan bagi mereka yang telah menyelesaikan alam persekolahan.



Namun tidak bagi Ashraf Mohammad Ali, 18 tahun, remaja yang disahkan mengalami autisme dan Tuberous Sclerosis (gangguan genetik dengan pertumbuhan tumor yang mengganggu perjalanan darah ke otak) sejak berusia dua tahun.



Menurut ibunya, Cik Faraliza Zainal, 47 tahun - pengasas hub pendidikan anak-anak keperluan khas, My Inspiring Journey (MIJ) - Ashraf mengalami gangguan emosi apabila diberitahu beliau akan menjadi 'pelatih pertama' di Ashraf's Cafe - yang ditubuhkan untuk mempersiapkan pelajar melangkah ke alam pekerjaan.



Dirasmikan pada Sabtu lalu di tingkat bawah bangunan Fragrance di 168 Changi Road - tempat yang turut menempatkan kelas-kelas harian dan mingguan yang dikendalikan MIJ bagi pelajar keperluan khas, di tingkat tiga - kafe itu dibuka kepada awam untuk menjamu selera.



"Beberapa minggu sebelum latihan kerja bermula, Ashraf banyak berdiam, termenung dan suka menyendiri.



"Mungkin dia sedang membayangkan keadaannya bagaimana dia akan mula bekerja. Bila saya mendekatinya, dia akan menggeleng kepala dan berlalu pergi," kata Cik Faraliza, ibu tiga anak.



Bahkan, setelah melalui latihan, Ashraf masih sukar membendung rasa bimbang dan takut, sehingga beberapa kali diserang sawan.



Namun sebagai ibu, Cik Faraliza berkata beliau tidak mahu menyerah kalah dalam memastikan anaknya yang kian dewasa dapat dilatih hidup berdikari dan dapat diserap baik dalam masyarakat.



Justeru, kata Cik Faraliza, beliau dan kumpulan guru di MIJ memberitahunya bahawa mereka akan sentiasa bersedia mendengar isi hatinya dan kebimbangannya.



Pendekatan "sentiasa siap mendengar" itu merupakan sebahagian komitmen guru di hab tersebut dalam Program Persiapan Pekerjaan Dewasa (Work Readiness Adult Program atau ringkasnya, Wrap) yang disertakan.



"Kami secara berterusan mematau Ashraf sepanjang latihan dan menyusun strategi untuk terus menguatkan keyakinannya," cerita Cik Faraliza lagi.



Latihan di kafe itu, kata beliau, adalah sebahagian kurikulum Program Pendidikan Khas Dewasa (A-Sped) bagi pelajar MIJ peringkat dewasa yang dirancang sejak awal penubuhan pusat itu pada 2010.



Sebelum ini, pelajar dewasa itu didedahkan pengalaman mengendalikan gerai di bazar, belajar memesan makanan di restoran luar dan membuat pembayaran di kaunter.



MIJ ditubuhkan Cik Faraliza, bekas Pengurus Jurulatih Serantau syarikat penerbitan kewangan, Dow Jones, demi memastikan anak sulungnya dapat pendidikan sesuai dengan keperluannya, termasuk agama.



Bermula dengan Ashraf sebagai satu-satu muridnya di kelas yang merupakan bilik setor di Masjid Sultan, MIJ kemudian disertai lebih ramai pelajar keperluan khas setelah kisahnya diterbitkan di akhbar ini.



Beliau dan suaminya, Encik Mohammad Ali Dawood, pengarah penjualan serantau di sebuah syarikat penerbangan, menjual rumah teres tiga tingkat mereka untuk mendapatkan dana memulakan sekolah tersebut.



Cik Faraliza yang kemudian mengikuti kursus untuk mendapatkan Diploma dalam Pendidikan dan Sokongan Kanak-Kanak Keperluan Khas, turut mendapatkan kepakaran pendidik psikologi, Cik Wendy Choh, untuk melatih guru MIJ.



Menjelang 2015, MIJ mempunyai 120 pelajar, mendorong mereka berpindah ke tempat lebih besar.



Pada tahun sama Ashraf memasuki Sekolah Pathlight untuk menduduki Peperiksaan Taman Sekolah Rendah (PSLE).



Hari ini, MIJ mempunyai program buat kanak-kanak berusia empat tahun ke atas dan dewasa sehingga 30 tahun, dengan program agamanya, menurut Cik Faraliza, mendapat pengiktirafan Persatuan Guru-Guru Agama Singapura (Pergas).



Semua mata pelajaran diajar dalam bahasa Inggeris.



Di Ashraf's Cafe, yang dibuka kepada orang ramai, pelajar hanya mengambil pesanan dan menghidangkannya ke meja pelanggan. Menu seperti nasi mentega, ayam goreng berempah dan salad disediakan oleh tenaga profesional.



Terdapat juga poster-poster di sekeliling kafe itu memberitahu pelanggan agar prihatan dan menyedari bahawa mereka dilayani pelajar berkeperluan khas.



"Apa yang kami lakukan, adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai bahawa golongan anak istimewa ini tidak perlukan simpati, tetapi dengan latihan yang diberikan, kami harap anak ini dapat merasakan mereka sebahagian masyarakat biasa, dapat mempertahankan harga diri dan kita dapat meraikan keistimewaan masing-masing, dan saling melengkapi, " ujarnya.



Mulai Rabu ini, kafe akan dibuka kepada awam pada 8 pagi hingga 9 malam.




"Apa yang kami lakukan, adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai bahawa golongan anak istimewa ini tidak perlukan simpati, tetapi dengan latihan yang diberikan, kami harap anak ini dapat merasakan mereka sebahagian masyarakat biasa, dapat mempertahankan harga diri dan kita dapat meraikan keistimewaan masing-masing, dan saling melengkapi."
- Cik Faraliza Zainal, pengasas hub pendidikan khas, My Inspiring Journey (MIJ).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >