Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kagum dengan keharmonian kaum, agama berbeza di sini

Feb 24, 2019 | 05:30 AM



PERKARA paling mencabar yang dihadapi Encik Rene Andre Taleon semasa mula bekerja di Singapura sekitar sedekad yang lalu ialah berjauhan daripada keluarganya.



Namun, beliau tidak pernah terfikir mahu pulang ke Filipina, negara kelahirannya.



"Saya perlu bekerja untuk menyara keluarga saya dan bekerja di Singapura satu-satunya pilihan saya pada waktu itu," kata Encik Taleon, yang akur beliau tidak pernah berpisah dengan keluarganya sebelum itu.



"Pada ketika itu, bapa saya bertugas di Amerika Syarikat dan saya mahu beliau pulang ke Filipina," tambahnya, anak sulung dalam keluarga dua beradik.



Satu cara beliau menghilangkan rasa sunyi dan mengubat rindu adalah dengan menumpukan sepenuh perhatiannya kepada pekerjaan sebagai penjaga haiwan di River Safari, kata Encik Taleon, 40 tahun, yang kini ditugaskan menjaga dan melatih panda merah di situ.



Encik Taleon, yang akur beliau lebih mudah berinteraksi dengan haiwan dan lebih suka berehat di rumah, juga mula bercampur-gaul dengan rakan kerjanya, yang terdiri daripada warga Singapura dan beberapa pekerja asing lain.



"Tentu sekali, saya rasa terhibur apabila dikelilingi rakan kerja. Malah, ada yang menjadi rakan dan kami masih bertemu walau mereka tidak lagi bekerja di tempat sama, " kata Encik Taleon, yang mendirikan rumah tangga dengan seorang rakan setugas, Cik Ellen Lu, 28 tahun, sekitar dua tahun lalu.



Menurut Encik Taleon, beliau kagum melihat pelbagai kaum hidup harmoni malah tetap berpegang kepada adat dan budaya masing-masing.



"Di tempat kerja, saya berkawan dengan warga Singapura berbilang bangsa dan agama," kata Encik Taleon yang berkata keadaan itu "membuka mata", kerana tidak pernah hidup sebagai minoriti, mendewasa di Metro Manila bersama keluarganya.



"Kepelbagaian budaya dan adat resam di sini begitu mengagumkan. Saya kagum melihat bagaimana semua kaum dan agama bebas mengamalkan kepercayaan sendiri, dan pada masa yang sama, menghormati kepercayaan orang lain," katanya, yang menambah bahawa makanan di Singapura yang menjadi antara kegemarannya ialah nasi ayam, walaupun beliau tidak begitu 'tahan' pedas.



Beliau kini juga telah belajar loghat perbualan warga Singapura kerana biasa mendengar rakan kerja bertutur dalam bahasa Melayu, Mandarin dan sebagainya.



Diminta berkongsi sedikit panduan tentang bagaimana warga Singapura dan pendatang asing sepertinya boleh lebih memahami satu sama lain, Encik Taleon berkata:



"Mungkin kita boleh mulakan dengan senyuman. Saya rasa, ramai pendatang asing ke Singapura, seperti saya sendiri, juga ingin berkenalan dan lebih mesra dengan masyarakat setempat."



  • Rencana ini dihasilkan dengan sokongan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI).

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >