Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Kajian lindungi dari kenaikan paras laut mula di kawasan bandar-pantai timur

May 19, 2021 | 05:30 AM



KAJIAN pertama daripada empat kajian yang meninjau bagaimana tepi pantai spesifik Singapura dapat dilindungi daripada kenaikan paras air laut akan bermula minggu ini.



Kajian itu, yang memberi tumpuan pada bahagian tenggara pulau ini, meliputi tepi pantai sepanjang 57.8 kilometer di tiga kawasan utama - Changi, bahagian antara East Coast dan Marina Bay, dan daerah Greater Southern Waterfront - umum agensi air nasional PUB semalam.



Bahagian bandar-pantai timur kawasan tepi pantai itu ialah salah satu daripada empat kawasan yang dikenal pasti PUB bagi kajian perlindungan tepi pantai khusus.



Tiga kawasan lain ialah Lim Chu Kang, Sungei Kadut dan sekitar Pulau Jurong.



Kajian bagi melindungi Pantai Jurong dan pantai barat laut, merangkumi Sungei Kadut dan Lim Chu Kang, masing-masing akan dimulakan akhir tahun ini dan pada 2022, kata PUB.



Kajian pertama mengenai hamparan tepi pantai bandar-pantai timur itu akan dijalankan oleh perunding CPG Consultants dan memerlukan masa sekitar empat tahun, tambah PUB dalam satu kenyataan.



Antara yang akan dilakukan ialah kajian bahan untuk melihat bagaimana negara lain berusaha melindungi kawasan tepi pantai, mengumpul data dan membentuk langkah penyesuaian serta membangunkan huraian bagi mengurangkan risiko banjir.



PUB tidak memberi penjelasan mengenai huraian yang disebutkan.



Namun, dalam Rapat Hari Kebangsaan pada 2019, Perdana Menteri Lee Hsien Loong memberi contoh yang termasuk menggunakan teknik empoldering - satu teknik penambakan darat - di sepanjang pantai timur Singapura, serta kemungkinan menambak beberapa pulau di kawasan itu.



Sebagai negara yang juga sebuah pulau, Singapura lebih mudah terjejas oleh kenaikan paras air laut - salah satu simtom pemanasan global yang disebabkan oleh aktiviti manusia seperti pembakaran bahan bakar fosil untuk menghasilkan tenaga.



Apabila lapisan gas rumah hijau semakin menebal, planet ini menjadi panas, menyebabkan air laut semakin luas dan ais di darat semakin cair.



Akibatnya paras air laut semakin tinggi, dan menjadi ancaman terhadap kawasan dataran rendah.



Kawasan bandar-pantai timur di Singapura antara yang paling terancam.



Antaranya kerana ia kawasan yang mempunyai banyak infrastruktur kritikal.



Lapangan terbang, loji pembekal air dan pangkalan tentera laut semuanya terletak di Changi.



Ruang masyarakat juga boleh didapati di kawasan tepi pantai tersebut. East Coast Park, contohnya, terletak di sepanjang kawasan timur pulau ini dan juga kawasan Marina Bay.



Daerah Greater Southern Waterfront akan diubah menjadi kawasan kehidupan bandar, dan juga tempat terletaknya Hutan Simpanan Labrador.



Pengarah jabatan perlindungan pantai PUB, Cik Hazel Khoo, berkata cabaran yang dihadapi dalam membangunkan perlindungan tepi pantai ialah mencari jalan keluar fleksibel dan dapat disesuaikan dengan ketidaktentuan perubahan iklim.



Pada masa sama, langkah tersebut perlu melindungi Singapura dengan cara yang dapat memastikan kawasan pantai tetap boleh didiami.



"Ini peluang kita meneroka gabungan huraian kejuruteraan dan yang berasaskan alam semula jadi dalam bentuk inovatif supaya dapat digabungkan dengan rancangan pembangunan dan penggunaan tanah tempatan," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >