Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

‘Kakak Cantik’ di Sentosa? Kumpulan True Horror Stories POV ‘dalang’ kejadian seram di Skyline Luge

Oct 28, 2023 | 03:35 PM









Baru-baru ini terdapat beberapa penampakan ‘kakak cantik’ atau ‘Fatimah Rocker’ di Sentosa, yang telah menarik perhatian ramai warganet.

Lengkap dengan latar belakangnya yang menyeramkan, kehadiran puntianak itu boleh dikaitkan dengan salah satu kumpulan terbitan video seram popular yang dikendalikan sekumpulan anak Melayu di sini.

Pasukan True Horror Stories POV, yang mempunyai lebih 280,000 pengikut di YouTube telah bekerjasama dengan daya tarikan kerusi layang dan kereta gelungsur Skyline Luge di Sentosa bagi menghasilkan kisah seram sebagai latar belakang pesta ‘Halloween’ tarikan itu pada beberapa hari tertentu pada Oktober.

Malah, kisah seram di balik ‘Kakak Cantik’ bernama ‘Mariam’ itu adalah berdasarkan pengalaman dan kisah ‘benar’ yang dikongsi pekerja daya tarikan tersebut.

Video-video daya tarikan itu yang telah diubah pada waktu malam untuk menjadi seram bagi acara khas pesta tersebut pada Oktober telah tular di media sosial.







Antara lain, pengunjung telah merakam kelibat seorang “Kak Pon” yang duduk bersendirian di kerusi layang (chairlift) menuju ke atas bukit.

“Kak Pon” itu juga kelihatan menunggu mangsa apabila pengunjung turun bukit dengan menaiki kereta gelungsur kecil, atau Luge itu pada waktu malam.

Ini adalah sebahagian acara khas sambutan pesta Halloween bertajuk “Balas Dendam Mariam” di daya tarikan tersebut, yang hanya diadakan pada waktu malam tarikh 20, 21, 27 dan 28 Oktober dalam dua sesi berlangsung 7 hingga 8 malam dan 8 hingga 9 malam.

Tiket berharga $38 seorang boleh ditempah menerusi laman klook.com.







Namun ada kisah ‘sebenar’ di balik kehadiran “Kak Pon” itu.

Bercakap kepada Berita Harian (BH), Cik Naqiah Ayub, 33 tahun, selaku penerbit True Horror Stories POV (THSPOV) berkata pasukannya diundang pihak Skyline Luge Sentosa pada Jun 2023 dengan matlamat menawarkan pengalaman seram dan realistik bagi pengunjung.


“Mereka mahu adakan sambutan lebih besar tahun ini dan kami juga dari pihak THSPOV memang suka cabaran seperti ini untuk menganjurkan kegiatan seram-seram seperti ini,” katanya.

Dalam wawancara terdahulu bersama BH, Cik Naqiah memberitahu pasukannya terdiri daripada beberapa anggota yang mahir dalam pelbagai bidang, termasuk jurusolek bagi mencipta watak hantu, serta penyunting kesan visual dan bunyian agar video mereka lebih realistik.

Lantaran itu, Cik Naqiah berkata pihak Skyline Luge telah memberitahu satu kisah seram yang pernah dialami kakitangannya sebelum ini.

Menurutnya pernah terjadi satu kejadian di mana daya tarikan itu mengadakan acara ‘seram-seram’ bagi pengunjung dan salah seorang kakitangan warga asing melaporkan seorang ‘pelakon hantu’ wanita yang berdiri di atas tunggak bagi kerusi layang itu – yang hanya boleh diakses pegawai keselamatan dan penyelenggaraan.

“Mereka beritahu kakitangan itu jelaskan kepada pihak pengurusan beliau ternampak ‘pelakon’ itu tampil persis seperti ‘Kakak Cantik’,” kata Cik Naqiah.

“Tapi kakitangan itu bukan orang tempatan, jadi dia tak tahu apa namanya kelibat yang dimaksudkan itu,” katanya dengan berseloroh.

Pasukannya kemudian mengambil idea itu dan mencipta sebuah kisah berdasarkan sejarah Pulau Sentosa yang juga dipanggil Pulau Belakang Mati, agar dapat mengaitkan kejadian dan penampakan “Kak Pon” itu dengan cerita latar belakang seram Sentosa yang dianggak cerita dongeng.

Mereka mengambil rata-rata seminggu untuk menghasilkannya, kata Cik Naqiah.

Beliau berkata hasil kerja keras mereka itu sungguh memuaskan.

“Apabila kami lihat pengunjung yang memuat naik video pengalaman mereka di Skyline Luge itu dan menganggapnya satu pengalaman menarik, kami rasa sangat puas hati.

“Malah sebahagian daripada mereka juga merupakan pengunjung asing dan ini sesuatu yang sangat menggalakkan bagi kami,” tambahnya.

Hendak tahu lebih tentang kerjasama ini? Saksikan video terbitan THSPOV ini:




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >