LEBIH 20 pekerja Courts Singapore, diketuai ketua pegawai eksekutif (CEO) negeri syarikat itu, Encik Tim Luce, turun padang menyiapkan hidangan dan berbuka puasa bersama penghuni Rumah Tumpangan Warga Tua Darul Takrim kelolaan Jamiyah kelmarin.
Majlis iftar bagi 40 penghuni rumah tumpangan itu diadakan di Dignity Kitchen, sekolah pengurusan pusat makanan pertama di sini yang memberi latihan kepada golongan kurang upaya agar mereka dapat bekerja sebagai pengendali gerai makanan.