Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kakitangan SIA diberi vaksin Covid-19 mulai 13 Jan

Jan 12, 2021 | 09:20 PM



KAKITANGAN Singapore Airlines (SIA) telah ditawarkan vaksinasi Covid-19 mulai Rabu (13 Januari) oleh pemerintah dalam langkah terkini pelaksanaan latihan vaksinasi di Singapura.



Akhbar The Straits Times melaporkan, khidmat penerbangan ini dipercayai adalah yang pertama di dunia menawarkan kakitangannya pilihan menjalani vaksinasi bagi menentang koronavirus.



Seorang jurucakap SIA menjelaskan pada Selasa petang (12 Januari) bahawa vaksin ini diberi kepada kakitangan SIA yang berpangkalan di Singapura dan terlibat dalam program ujian rutin yang dijadualkan.



Program ujian tersebut memerlukan mereka menjalani ujian tetap bagi virus Covid-19.



“Mereka yang layak menerima vaksinasi ini termasuk kru kabin, juruterbang, kakitangan yang berpangkalan di lapangan terbang dengan tugas mereka memerlukan interaksi bersama penumpang  dan sesetengah kakitangan kejuruteraan yang dipilih.



“Penyertaan sukarela dan SIA Group amat menggalakkan kesemua kakitangan yang layak menjalaninya agar mengambil tawaran ini,” jelas jurucakap itu.



Program vaksinasi ini akan dikendalikan dii dewan ketibaan Terminal 4, Lapangan Terbang Changi. - The Straits Times



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >