PEGAWAI keselamatan di Lapangan Terbang Changi akan memasang kamera pada seragam mereka untuk memberikan siaran langsung kepada pusat kawalan supaya bantuan dapat dikerahkan dengan pantas jika perlu.
Mereka juga akan membawa alat mudah alih untuk menjejaki jadual tugas mereka, menghantar serta mengemas kini laporan, menurut Sats Security.
Syarikat itu akan membelanjakan lebih $1 juta untuk inisiatif digital dan teknologi demi meningkatkan operasi di lapangan terbang.
Rancangannya merangkumi usaha mempembaharui pusat kawalan sedia ada di lapangan terbang itu, katanya dalam satu kenyataan semalam.
Langkah peningkatan itu akan merangsang kecekapan keselamatan dan operasi di lapangan terbang, dan membantu Sats menguruskan sumbernya di tengah-tengah cabaran tenaga kerja, menurut naib eksekutif presiden (projek khas) Sats, Encik Denis Marie.