Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kamera kekang letak kereta sembarangan di 60 lagi lokasi

Apr 08, 2015 | 01:55 PM



PENGUASA Pengangkutan Darat (LTA) akan memasang kamera CCTV di 60 lagi lokasi di serata Singapura bagi menangani perbuatan meletak kenderaan secara terlarang.


Ini merupakan tambahan kepada 40 lokasi yang akan dimulakan pada 15 April ini, dan 30 lokasi yang sudah pun beroperasi sejak April tahun lalu.


Apabila kesemuanya sudah beroperasi menjelang pertengahan 2017, kamera CCTV itu dapat membantu pihak berkuasa mencegah perbuatan meletak kenderaan secara terlarang di sejumlah 130 lokasi.


LTA berkata ia mendapati keadaan trafik yang licin dan kurang halangan di 30 lokasi pertama di mana kamera CCTV dipasang, termasuk di Beach Road, Bishan, Pasir Panjang Road dan River Valley Road.


Antara lokasi kamera CCTV yang akan dimulakan 15 April ini pula termasuk Ang Mo Kio Street 52 (depan Blok 527); Bukit Batok East Avenue 3 (depan Blok 284); Jalan Kembangan (depan stesen MRT Kembangan MRT); Dunman Road (dari simpang Joo Chiat Road hingga simpang Onan Road); dan Tampines Avenue 4 (depan pusat beli-belah Tampines Mall)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >