Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Kumpul derma dengan mendaki gunung

Bekas anggota kongsi gelap azam kutip derma bantu bekas pesalah kembali ke pangkal jalan
Dec 21, 2022 | 05:30 AM



KESEDARAN ramai terhadap nasib bekas banduan sepertinya semakin meningkat.



Oleh itu bekas anggota kongsi gelap yang pernah dipenjara, Encik Andyn Abd Kadir, 37 tahun, merancang untuk mengumpul dana bagi dua pertubuhan yang membantu bekas pesalah melalui kehidupan seperti masyarakat lain, iaitu Khidmat Kaunseling Muslim (MCS) dan Khidmat Masyarakat HCSA.



Caranya: Dengan mendaki gunung dan sasarannya ialah mengumpul $200,000 untuk diagih kepada kededua pertubuhan itu.



Inisiatif yang diberi nama 'Climbing For Good' itu merupakan usahanya sendiri.



Menerusi kecergasan yang dimilikinya, bapa seorang anak itu terus giat mendaki gunung - dengan sasaran mendaki gunung tertinggi dunia, Gunung Everest, dalam tiga tahun akan datang.



"Saya ingin lakukan sesuatu kerana mereka yang terlibat dalam program-program kendalian kededua pertubuhan ini sedikit sebanyak ada kaitan dengan perjalanan kehidupan saya," ujarnya yang turut menjalani latihan di beberapa gunung di Semenanjung Malaysia sebelum pandemik bermula.



MCS bermatlamat membantu bekas pesalah dadah kembali ke pangkal jalan dan memulakan hidup baru.



Sementara Khidmat Masyarakat HCSA menawarkan sokongan dan bantuan kepada bekas banduan, remaja perempuan yang mengalami trauma fizikal yang kompleks, penderaan seksual atau emosi dan ibu bapa tunggal dengan sokongan yang terhad.



Baru-baru ini, beliau telah mendaki gunung Ama Dablam setinggi 6,800 meter di Nepal antara 24 Oktober dengan 17 November lalu.



Meskipun tidak dapat menamatkan pendakiannya itu akibat dijangkiti Covid-19, namun Encik Andyn telah pun merancang untuk mendaki empat gunung berasingan tahun depan sebagai persiapan kepada pendakian Gunung Everest kelak.



"Di Singapura kita tidak didedahkan kepada pengalaman mendaki sebegini, jadi saya anggap ini cabaran yang ingin saya capai kerana ia di luar zon keselesaan saya,"jelasnya.



Bagi memastikan ketelusan dalam usahanya mengumpul dana tersebut, Encik Andyn telah menempatkannya di bawah platform mengumpul dana, Give.asia.



Sejauh ini beliau telah mengumpul sekitar $3,000 untuk usahanya itu.



Menceritakan kisahnya, Encik Andyn berkata semasa kecil, walaupun beliau seorang anak angkat, Encik Andyn berkata beliau diberi layanan yang cukup - termasuk bimbingan duniawi dan ukhrawi.



"Namun jiwa saya ketika itu sentiasa dahagakan kebebasan dan ingin berdikari, kemudian saya mula terpengaruh dengan kumpulan kongsi gelap," katanya.



Beliau terlibat dalam kegiatan kumpulan kongsi gelap termasuk bergaduh dengan anggota kumpulan berasingan semuda 15 tahun.



Salah satu perkelahian itu telah menyebabkan kecederaan apabila Encik Andyn mengakui beliau menggunakan pisau untuk menikam mangsanya.



Beliau kemudian dijatuhi hukuman penjara tiga setengah tahun dengan enam kali sebatan rotan.



"Bila dibebaskan pada usia 20 tahun saya masih terus terjebak dengan kegiatan haram.



"Tapi segalanya berubah bila saya mula menimang cahaya mata sekitar setahun kemudiannya dan saya mula dapatkan pekerjaan tetap," ceritanya.



Kerana minat dengan bidang kecergasan, Encik Andyn, kemudian mengambil kursus pensijilan jurulatih sebelum bekerja sebagai instruktor kecergasan.



Lama kelamaan beliau berpeluang menjadi jurulatih peribadi sebelum mendapat sokongan kewangan untuk menubuhkan gimnasiumnya sendiri.



Diberi nama Strength Avenue, gimnasium di kawasan Boat Quay itu yang dibuka pada 2016 memberi penekanan kepada latihan fizikal yang menguatkan otot dan sendi.



Ketika ini ia mempunyai 70 keanggotaan meliputi mereka yang berusia antara 30 dengan 65 tahun.



"Pada masa yang sama, saya mulai kenali "dunia luar".



"Saya pun mula bergaul dan libatkan diri dalam kegiatan yang dapat memberi manfaat kepada orang lain," katanya yang telah dua kali menunaikan ibadah umrah, termasuk sekali bersama isterinya.



Antaranya beliau memberi ceramah kepada para banduan dan bekas banduan termasuk terlibat dalam kerja-kerja kemasyarakatan - atas nama gimnasiumnya sendiri.




KAMI SOKONG USAHA ANDA, TERIMA KASIH ANDYN 



"Kami menyokong hasrat dan cara Encik Andyn mengumpul dana untuk pertubuhan kami menerusi kegiatan mendaki ini.

Beliau sendiri pernah raih pengetahuan dan ilmu keagamaan daripada kelas dan sesi program anjuran kami.

Dan beliau sendiri kembalikannya menerusi penglibatannya dan berdamping dengan para peserta lain yang juga bekas banduan.

Mudah-mudahan beliau terus menjadi contoh kepada para peserta lain di bawah program-program kami."

- Ustaz Fadlon Osman, Kaunselor Kanan Khidmat Masyarakat Muslim (MCS).



 



"Apa yang beliau lakukan ternyata di luar kemampuan ramai.

Memang apa yang beliau lakukan amat mencabar.

Sebagai bekas banduan, kehidupan yang dilaluinya sendiri sudah mencabar, tapi apa yang beliau lakukan kini juga mencabar - semuanya untuk mengumpul dana buat pertubuhan kami.

Terima kasih Andyn kerana bukan sahaja anda sukarelawan bersama kami, tapi juga menyumbang dengan cara anda sendiri untuk mengumpul dana."

- Encik Andrew Ong, Pengarah Kerjasama, Khidmat Masyarakat HCSA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >