Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kampung Gelam mula sinari 'Cahaya Ramadan'

Apr 10, 2021 | 10:09 PM



KAMPUNG Gelam mula bersinar dengan 'Cahaya Ramadan' sedang kempen Ramadan itu dilancarkan di kawasan tersebut pada malam Sabtu (10 April).



Kempen 'Cahaya Ramadan'  anjuran persatuan One Kampong Gelam (OKG) itu akan berlangsung dari 10 April hingga 17 Mei nanti.



Ini merupakan kempen Ramadan pertama di kawasan itu dalam masa lebih sedekad, kata OKG dalam kenyataannya.



Kempen tersebut, yang disokong Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dan Lembaga Pelancongan Singapura (STB), bertujuan meningkatkan bilangan pengunjung ke kawasan bersejarah itu.



Antara tarikan kempen itu ialah pameran lampu, diberi nama Cahaya Gelam, yang dipaparkan ke muka bangunan Masjid Sultan. 



Acara pelancaran kempen itu pada Sabtu dihadiri Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee; Setiausaha Parlimen Kesihatan Rahayu Mahzam, dan Anggota Parlimen GRC Jalan Besar Dr Wan Rizal Wan Zakariah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >