SERAMAI 37 kanak-kanak dari Rumah Kanak-Kanak Pertapis berasa gembira dapat berbuka puasa juadah KFC.
Majlis iftar itu juga dihadiri Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
Acara diadakan di KFC Kallang di Stadium Boulevard.
Pihak KFC berharap acara iftar itu dapat memberikan suasana penuh kasih sayang.
Ini menurut mereka penting demi menyuburkan pembangunan holistik bagi kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun itu.
Selain itu, mereka juga dihiburkan dengan permainan, pertunjukan ahli silap mata dan kemunculan maskot KFC, Colonel Sanders.
Dalam ucapannya, Dr Faishal menekankan akan pentingnya syarikat-syarikat seperti KFC mengadakan majlis-majlis berbuka seperti itu.
Ini supaya golongan kurang bernasib baik tahu bahawa masyarakat mengambil berat tentang kehidupan mereka.
Dr Faishal juga mengalu-alukan daya usaha seperti itu dan ingin badan-badan seperti KFC tampil ke hadapan pada bulanmulia ini.
Inisiatif seperti itu sejajar dengan SG Cares, yang menitikberatkan keprihatinan, kasih sayang, dan memupuk budaya memberi.
Di majlis ini, Dr Faishal meluangkan masa dari meja ke meja beramah mesra bersama kanak-kanak dan juga menyertai permainan Chicky Dance.