Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kandungan pendidikan berbilang media di ‘bawah satu bumbung’

Aug 30, 2022 | 08:59 PM



IBU bapa dan pelajar tidak lama lagi akan dapat mengakses sumber dan kandungan pendidikan multimedia menerusi satu wadah dalam talian secara percuma.


Ini termasuk kertas peperiksaan, kertas latihan, tip pendidikan dan keibubapaan serta kisah berinspirasi berkenaan perjalanan ibu bapa serta pelajar dalam memburu pendidikan dan mendakap pembelajaran sepanjang hayat.


Kandungan dan sumber demikian yang dilakar khas buat masyarakat Melayu/Islam akan disediakan menerusi satu laman mikro sehenti yang dibangunkan bersama oleh Yayasan Mendaki dan SPH Media.


Ini turut membolehkan pengguna untuk mengakses berita yang dihasilkan Berita Harian (BH) sebagai bahan bacaan.


Memberi komitmen kepada kerjasama itu, satu Memorandum Persefahaman (MOU) ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mendaki, Cik Zuraidah Abdullah dan Editor BH, Encik Saat Abdul Rahman, pada Selasa (30 Ogos).


Majlis yang diadakan di auditorium pusat berita SPH Media turut disaksikan Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, dan Pengerusi SPH Media Trust, Encik Khaw Boon Wan.


Lelaman mikro tersebut dijangka dilancarkan dalam dua fasa, dengan yang pertama pada bulan depan.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >