Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kapal cuba seludup rokok elak cukai dipintas

Feb 22, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH kapal membawa rokok tidak dibayar cukai dipintas Rabu lalu di perairan berdekatan Terminal Penjuru Singapura, dalam satu operasi berbilang agensi melibatkan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), Polis Pengawal Pantai dan Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura.



Dalam satu pos Facebook semalam, ICA berkata kapal pembekal bernama Sea Dragon 2 itu membawa kira-kira 600 karton dan 30 paket rokok tidak dibayar cukai yang disembunyikan di dalam lubang geladak di dek simpanan kapal.



Kapten dan dua anak kapal, semuanya warga Indonesia, sedang disiasat Kastam Singapura.



Gambar yang dikongsi ICA menunjukkan rokok-rokok itu dibalut dengan beg sampah hitam dan putih. ICA berkat kaedah penyembunyian serupa mungkin digunakan pengganas bag menyeludup "barangan keselamatan" ke sini.



ICA berkata ia akan terus bekerjasama dengan agensi pemerintah relevan bagi mengesan dan menghalang percubaan penyeludupan bagi memastikan Singapura selamat," kata agensi itu.



Mereka yang membeli, menjual atau berurusan dengan barangan tidak dibayar cukai boleh didenda hingga 40 kali ganda jumlah levi yang dielakkan dan dipenjara hingga enam tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >