Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kapten Bas SMRT pulangkan dompet langsung ke rumah pemilik

Sep 25, 2023 | 08:31 PM



Berkhidmat biarlah secara ikhlas tanpa meminta balasan.

Demikian prinsip Encik Surish Kumar Karuppiah, dalam melakukan pekerjaan.

Lantaran itu, Kapten Bas Kanan SMRT tersebut tidak berfikir dua kali untuk memulangkan dompet yang ditemuinya langsung kepada pemiliknya.

Kisahnya dikongsi Nurasreen Latiff pada Khamis (21/9) melalui catatan Facebook.

Catatan itu menyatakan anak perempuannya tercicir dompet berdekatan perhentian bas Blok 402 Woodlands Avenue 3 pada Isnin (18/9).

Setelah dua hari, beliau mendapati ada nota di pintu rumahnya yang menyertakan nombor Encik Surish, yang menjumpai dompet tersebut.

Encik Surish memulangkan dompet anaknya langsung di rumah beliau selepas anaknya menghantar mesej melalui Whatsapp kepada Encik Suresh.







Catatan itu menyatakan: “Selepas beliau (Encik Surish) menerima mesej teks (anak) saya, beliau menghantar dompet yang tercicir di depan pintu saya hampir serta-merta.”

Berkongsi kepada Berita Harian (BH), pemilik dompet Cik Iffah Aqilah Hasnul Bashri menjelaskan beliau sedang dalam perjalanan ke Arab Street untuk membeli buku.


“Saya naik bas 966 dari Blok 402 Woodlands Avenue 3 menghala ke arah Eunos.

“Apabila saya sampai di Arab Street, saya perasan dompet saya tidak ada dengan saya jadi saya tak dapat beli buku yang saya inginkan,” jelas gadis berusia 20 tahun itu.

Mujur anak sulung dalam empat beradik itu masih ada kad ezlink bersamanya dan membuat keputusan berpatah balik, tambah beliau.

Jelas Cik Iffah lagi, beliau kemudian menghubungi stesen pertukaran Woodlands bagi memberikan perincian tentang dompetnya dan memohon bantuan.

Pada Rabu (20/9) sekitar tengah hari, adik lelakinya mendapati ada nota yang ditinggalkan di pintu hadapan rumah beserta nombor telefon.

“Saya terus hantar mesej kepada nombor yang tertera. Dalam dompet saya ada kad pengenalan, kad bank dan beberapa barangan peribadi.

“Sekitar 10 minit selepas saya menghantar mesej pertama, Encik Surish tiba dan semua isi kandungan dompet tidak diusik sama sekali,” jelas beliau.

Bercakap kepada BH, warga Malaysia yang menetap di kawasan Skudai, Johor Bahru itu berkata beliau dalam perjalanan untuk tukar syif apabila ternampak dompet tercicir berhampiran stesen bas Blok 402.

Ayah dua orang anak berusia 38 tahun itu menambah ada kad pengenalan dan alamat, jadi beliau pergi ke alamat yang tertera pada Rabu untuk tinggalkan nota bagi mengesahkan sama ada alamat itu adalah pemilik dompet sebenar.

“Bukan apa, saya rasa kesian. Makan masa kalau nak serahkan ke balai polis atau kaunter,” ujar beliau, yang telah memandu bas di sini selama 11 tahun.

Cik Iffah berkata beliau menghulurkan ganjaran kepada Encik Surish. Namun ia ditolak sama sekali oleh beliau.

Encik Surish berkata: “Kerja (mesti ada niat) nak tolong dan kena dari hati, bukan pasal duit. Tak baik kalau tolong kerana duit kerana restu dapat dari tuhan.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >