Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANAGAT WATAN

'Kapten roti' mahu beri keyakinan pada pejuang barah lain

Mar 07, 2023 | 05:30 AM



SEBAGAI kapten dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Encik Fuad Rahim menaruh cita-cita tinggi dalam kerjayanya, dan mempunyai banyak rancangan bagi masa depan.



Manakan tidak.



Pemuda itu berada di kemuncak kehidupannya pada awal 30an tahun.



Namun, tanpa disangka, kehidupannya berubah 180 darjah setelah Encik Fuad dikhabarkan doktor bahawa beliau menghidap penyakit barah sel germa yang jarang berlaku atau Choriocarcinoma, dan memburukkan keadaan lagi, pada tahap lewat.



Menyingkap detik meluluhkan hati itu, Encik Fuad, 34 tahun, berkata beliau sukar menerima hakikat tersebut, dan tidak dapat menahan sebak.



"Saya amat risau. Apabila saya mendengar berita tersebut saya rasa saya tidak mempunyai masa yang lama untuk hidup. Apa yang perlu saya lakukan? Sejujurnya, saya ingin putus asa pada waktu itu, tidak payah pergi terapi atau rawatan. Saya sudah pun berada di tahap lewat, apa yang boleh saya lakukan? Saya ingin putus asa.



"Namun, setelah ibu bapa saya serta pejuang barah lain cuba meyakinkan saya, disertai dengan sokongan daripada orang tersayang, saya terdorong untuk berusaha pulih," katanya.



Maka bermulalah perjalanan perjuangan Encik Fuad melawan barah dengan peluang pemulihan yang tipis.



Doktor telah meramalkan jangka hayatnya untuk bertahan beberapa bulan sahaja, namun Encik Fuad dengan kuasa Allah melepasi jangkaan tersebut dan diisytiharkan bebas barah setelah sembilan bulan menjalani rawatan.



Malah apabila dihubungi Berita Harian (BH), baru-baru ini, Encik Fuad berada dalam keadaan sihat, dipenuhi perasaan positif sambil memanjatkan syukur bahawa segala yang telah menimpa dirinya mendatangkan hikmah.



Salah satunya adalah menerusi perjuangannya melawan barah yang beliau menemui minat dalam bidang membuat pastri.



Kini, Encik Fuad memiliki perniagaan dari rumah dengan menggunakan jenama Captain Roti Bakehouse. Captain Roti, antara lain, menjual kroisan dengan inti sambal ikan bilis, rendang daging, kacang hazel dan telur asin serta kouign-amann.



Menurut Encik Fuad, setelah beliau meninggalkan kerjayanya di SAF, amat sukar mencari pekerjaan.



Ia hanya apabila beliau bekerja di kedai menjual epok-epok dan melihat seorang pak cik membuat roti bun di mana tercetus minatnya dalam bidang kulinari.



Dari situ, Encik Fuad mempelajari kemahiran membuat roti dan pastri secara sendiri untuk mengembangkan perniagaannya, lantas menyara keluarga.



Ayah satu anak itu berkata:



"Apabila saya menjalani rawatan melawan barah, ia 'membuka' potensi utama dalam diri saya yang tidak pernah saya alami sebelum ini - semangat dan daya tahan untuk berdepan dengan cabaran dalam kehidupan. Apa juga kemahiran insaniah atau kecekapan yang saya timba sewaktu perjuangan itu sendiri, saya cuba mengamalkannya kepada pembikinan roti dan pastri saya sendiri. Jadi itu yang memberi saya keazaman untuk terus maju, terus memperbaiki diri, dan insyaAllah rezeki akan datang," ujarnya.



Kini, Encik Fuad mempunyai matlamat untuk terus menyumbang kembali kepada masyarakat dan cuba memberi keyakinan dan semangat kepada para pejuang barah lain.



Contohnya baru-baru ini, beliau melibatkan diri dalam TalkMed Relay For Life, anjuran Persatuan Barah Singapura (SCS), di Stadium Negara, yang menyaksikan orang ramai mengambil bahagian dalam acara lari berganti-ganti selama 15 jam tanpa henti.



Dana yang dikumpulkan menerusi acara itu disalurkan kepada program sokongan dan penjagaan SCS bagi pesakit, penjaga dan mereka yang sudah pulih daripada kanser.



Melihat kembali perjalanannya bertarung dengan kanser tahap lewat, Encik Fuad meluahkan kesyukuran atas penyakit tersebut.



"Sekiranya saya tidak melalui kesukaran ini, saya tidak akan dapat mampu memahami nikmat kehidupan, saya tidak akan benar-benar memahami apa itu erti kehidupan, dan saya lebih menyayangi dan menghargai orang tersayang saya," tambahnya.




"Sekiranya saya tidak melalui kesukaran ini, saya tidak akan dapat mampu memahami nikmat kehidupan, saya tidak akan benar-benar memahami apa itu erti kehidupan, dan saya lebih menyayangi dan menghargai orang tersayang saya."



- Pejuang barah dan pemilik Captain Roti Bakehouse, Encik Fuad Rahim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >