Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Karaoke keluarga rayu dibezakan daripada KTV terkait kluster Covid-19

Jul 17, 2021 | 05:30 AM



SEMBILAN perniagaan karaoke berkonsep keluarga bergabung dan membuat petisyen kepada pihak berkuasa supaya memberikan mereka klasifikasi berbeza daripada pusat hiburan KTV yang dikaitkan dengan kelompok Covid-19 yang semakin berkembang.



Petisyen bertajuk 'Asingkan karaoke keluarga daripada kelab malam dan KTV yang mempunyai pelayan dan benarkan kami beroperasi secara selamat' itu dimulakan kelmarin di laman web petisyen Change.org.



Ia menggesa pemerintah supaya mengadakan kategori baru, Karaoke Keluarga, agar mereka tidak digolongkan di bawah "kabaret, kelab malam, disko, kelab tarian dan pusat hiburan karaoke".



Ini di tengah-tengah kritikan terhadap pusat hiburan KTV dan kelab malam yang mempunyai pelayan sosial, yang dikenal pasti sebagai tempat yang kemungkinan sedang berlaku penyebaran Covid-19.



"Dengan menggolongkan kami dalam kategori pusat hiburan malam yang luas adalah tidak wajar," kata petisyen itu, yang ditandatangani oleh 7th Heaven KTV & Cafe, Sing My Song Family Karaoke, K Voice Family Karaoke, Teo Heng KTV, 8 Degree Lounge, Major 99, HaveFun Karaoke, K Star dan Cash Studio.



Ia menambah: "Kebanyakan pelanggan kami adalah belia dan keluarga dan sebahagian besar masa operasi kami adalah pada waktu siang.



"Reka bentuk kami juga berbeza, terdiri daripada banyak bilik kecil yang penghuninya tidak bercampur gaul.



"Reka bentuk seperti ini amat sebersesuaian dengan jarak selamat."



Lesen hiburan awam bagi perniagaan diurus oleh polis.



Petisyen tersebut menerima lebih 1,600 tanda tangan hingga 1 petang semalam,



Melahirkan harapan agar perniagaan mereka dapat disambung lebih awal, sembilan perniagaan itu juga menggesa supaya diadakan skim perintis yang membenarkan mereka beroperasi di bawah langkah keselamatan ketat.



Ini boleh termasuk membuka bilik karaoke hanya kepada mereka yang sudah divaksin atau mereka yang menjalani ujian praacara.



Sekatan menjejas perniagaan karaoke berkonsep keluarga, yang jumlahnya telah berkurangan kepada kurang 20 cawangan daripada lebih 50 cawangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >