SERBUK kopi dicampur air menjadi bak cat air yang dipalit pada lukisan secangkir kopi, biji kopi, rempah ratus dan pengisar kopi tradisional bertajuk Good Old Coffee.
Daya ilham itu tercetus di minda pelukis remaja, Muhammad Mustaghfir Mohd Khairudin, 15 tahun, ketika menyertai Peraduan Rekaan Seni Kopi Jenama OWL, baru-baru ini.