Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Karyawan perubatan dekati masyarakat, sokong usaha vaksinasi

MHPA kerjasama dengan pelbagai rangkaian termasuk M3, asatizah; galak masyarakat terutama warga emas ambil vaksin
Jun 30, 2021 | 05:30 AM



WARGA emas menghadapi risiko terdedah kepada jangkitan Covid-19 dan dengan adanya vaksin, mereka harus tampil ke depan untuk divaksin, kata Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA).



Ini sedang bukti yang ada menunjukkan bahawa vaksinasi melindungi seseorang itu bukan hanya daripada dijangkiti, tetapi daripada potensi jangkitan menyebabkan kerumitan kesihatan atau membawa maut.



Dalam hal ini, MHPA akan terus bekerjasama dengan rangkaiannya seperti M Kuasa Tiga (M3) untuk mendekati masyarakat, termasuk warga emas, bagi mendorong usaha vaksinasi nasional.



Menurut Presiden MHPA, Dr Norhisham Main, dalam kenyataannya kepada Berita Harian apabila ditanya tentang peri pentingnya menggalak warga emas mengambil vaksin, beliau berkata:



"Warga emas terus merupakan golongan yang terdedah terhadap jangkitan Covid-19.



"MHPA mengeluarkan nasihat agar warga emas dan penjaga mereka pada tahun lalu mengenai cara menjaga kesihatan dan bagaimana mereka boleh mengambil langkah untuk kekal selamat dan sihat semasa pandemik.



"Golongan ini dinasihatkan supaya memastikan mereka meneruskan jadual vaksinasi (seperti influenza dan pneumokkous) dalam panduan itu.



"Nasihat ini kekal relevan sehingga sekarang dan dengan adanya vaksin Covid-19, warga emas kita harus tampil mendapatkan vaksin."



Menurut perangkaan terkini, sekitar 75 peratus warga emas berumur 60 tahun ke atas sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.



Bagaimanapun, jumlah warga berusia 70 tahun dan ke atas yang divaksin masih kurang 70 peratus, sekali gus menimbulkan keprihatinan.



Dr Norhisham menjelaskan bahawa bukti yang ada sekarang telah menunjukkan bagaimana vaksinasi melindungi individu bukan hanya daripada Covid-19, tetapi juga kemungkinan jangkitan menyebabkan kerumitan yang boleh membawa maut.



"Memandangkan ketersediaan dan kemudahan mendapat vaksin, warga emas harus sebaik-baiknya memvaksin diri mereka," tambah beliau, yang juga merupakan Ketua Divisyen Penjagaan Sokongan & Perubatan Paliatif dan Perunding Kanan dalam Perubatan Geriatrik & Paliatif, Jabatan Perubatan di Hospital Besar Ng Teng Fong dan Hospital Masyarakat Jurong.



Sementara itu, pihak MHPA telah bekerja rapat dengan M3 untuk mendekati masyarakat mengenai vaksinasi Covid-19 sejak tahun lalu.



Ini termasuk satu video perkongsian oleh mantan presiden MHPA, Dr Zuraimi Mohamed Dahlan dalam satu temuramah dengan Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra).



Perkongsian Dr Zuraimi itu menyentuh antara lain mengenai manfaat vaksin, profil keselamatan dan bagaimana risiko atau kesan sampingan ditangani dan video itu telah disiarkan di wadah Mesra dan kelab masyarakat yang merupakan pusat vaksinasi.



Kata Dr Norhisham lagi, persatuan itu juga bekerjasama dengan golongan asatizah untuk mendampingi masyarakat.



"Sesi-sesi ini bertujuan memaklumkan, memberi pencerahan bagi sebarang keprihatinan, menyangkal salah faham dan menggalak masyarakat menjalani vaksinasi.



"MHPA akan terus bekerjasama dengan pelbagai agensi untuk mendekati masyarakat mengenai vaksinasi," tambah Dr Norhisham.



Laporan lanjut: Panduan MHPA pantau sejahtera, kesihatan warga emas di tengah Covid-19




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >