Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kata laluan 14,000 akaun Mediacorp meconnect ditetap semula berikutan akses tanpa kebenaran

Feb 23, 2023 | 09:45 PM



KIRA-KIRA 14,000 pengguna meconnect terpaksa menetapkan semula kata laluan mereka selepas akaun mereka diakses oleh pihak luar yang tidak dikenali, kata penyiar nasional Mediacorp pada Khamis.


Ia berkata bahawa kelayakan log masuk untuk akaun itu – yang digunakan untuk mengakses perkhidmatan Mediacorp seperti platform penstriman dalam talian meWatch – tidak dibocorkan daripada sistem, dan “penyiasatan lanjut tidak mendedahkan sebarang bukti bahawa data peribadi pengguna telah disalah guna atau didedahkan kepada orang ramai”.


Maklumat pembayaran juga tidak terjejas.


Mediacorp memaklumkan semua pemegang akaun yang terjejas tentang perkara itu dan menetapkan semula kata laluan mereka.



Ia juga memfailkan laporan polis dan memaklumkan pihak penguasa, termasuk Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi (PDPC).


Penyiar itu berkata akses tanpa kebenaran tersebut dikesan pada akhir Januari selepas lonjakan aktiviti log masuk.

CNA melaporkan bahawa “ini berkemungkinan insiden pemadat kelayakan (credential stuffing)”.


Dalam serangan sedemikian, penggodam menguji nama akaun dan kata laluan yang terjejas pada pelbagai akaun dalam talian yang tidak berkaitan.


Mereka melakukan ini kerana sesetengah orang menggunakan gabungan nama pengguna dan kata laluan yang sama merentas laman berbeza, jadi jika bukti kelayakan log masuk mereka telah terjejas sekali, akaun mereka di laman lain juga boleh terjejas.


Pengguna yang terjejas juga dinasihatkan supaya menyemak mana-mana akaun mereka yang lain yang mungkin menggunakan kelayakan log masuk sama, kata Mediacorp, yang menyatakan pengguna terjejas membentuk “peratusan kecil” daripada jumlah pangkalan pengguna meconnectnya.


Jurucakap Mediacorp berkata operasi dan perkhidmatannya tidak terjejas dan tidak terganggu oleh insiden itu.


“Kami mengambil tanggungjawab kami melindungi data peribadi dengan sangat serius dan akan terus mengambil langkah berjaga-jaga yang diperlukan untuk melindungi data peribadi pengguna kami.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >