Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kaunselor mahkamah bantu pastikan kebajikan, hak anak kes cerai dibela

Sep 17, 2023 | 05:32 AM



Memastikan hak anak-anak dibela dan terjaga, serta aturan penjagaan adalah demi kepentingan terbaik mereka.

Inilah misi Cik Nur Izzah Amir selaku ketua kaunselor mahkamah yang pertama di Mahkamah Syariah supaya anak-anak yang ibu bapa mereka sedang melalui perceraian diberi peluang bagi suara mereka didengar dan kebajikan mereka dilindungi dengan baik.

Berbekalkan pengalamannya selama dua dekad menangani kes pertikaian berhubung perceraian dan hak penjagaan, keganasan keluarga, kesalahan remaja dan penganiayaan kanak-kanak di Mahkamah Keadilan Keluarga, Cik Nur Izzah kini bertugas di Mahkamah Syariah pula untuk membantu mereka mempertingkat langkah mengutamakan kepentingan anak-anak yang terlibat dalam proses perceraian ibu bapa.

Beliau dilantik sebagai ketua kaunselor mahkamah di mahkamah tersebut pada 1 Julai 2022.

Dipandu Cik Nur Izzah, Mahkamah Syariah melaksanakan sebuah rangka kerja kaunseling mahkamah dalam proses perceraiannya sejak September 2022 demi memastikan kebajikan anak-anak terjaga.

“Jika pasangan sudah membuat keputusan untuk bercerai, usaha kami adalah untuk memastikan proses mahkamah itu memelihara hubungan ibu bapa dengan anak-anak dan bahawa proses itu tidak menjadikan keadaan lebih buruk untuk anak-anak.

“Kami buat yang terbaik. Kajian menunjukkan perceraian mempunyai banyak kesan negatif ke atas anak-anak. Oleh itu, bagaimanakah boleh kita mengurangkan impaknya? Di sinilah rangka kerja kaunseling mahkamah dapat membantu,” jelas beliau.

Di bawah rangka kerja itu, Mahkamah Syariah bekerjasama dengan pihak berkepentingan yang membantu kanak-kanak supaya khidmat dan program dapat disepadukan demi kebaikan mereka.

Ini supaya anak-anak “tidak perlu berkongsi cerita mereka berulang kali” dan melalui trauma yang dialami akibat perceraian ibu bapa mereka.

Sebagai sebahagian tugasnya, Cik Nur Izzah berkongsi bahawa Mahkamah Syariah telah mempertingkat proses sesi wawancara bersama kanak-kanak berusia tujuh tahun ke atas yang dahuluya dikendalikan oleh presiden mahkamah seorang diri, tetapi kini dikendalikan dengan ketua kaunselor mahkamah, yang dipanggil Wawancara Anak Bersama (Joint Child Interview).


Di bawah proses itu, beliau mengendalikan wawancara dengan anak-anak yang terjejas dengan kes penjagaan yang dipertikaikan bersama presiden Mahkamah Syariah.

Proses wawancara itu bertujuan untuk lebih memahami cabaran yang dihadapi anak-anak serta keprihatinan dan keutamaan mereka secara menyeluruh supaya keputusan yang baik dapat dicapai berkenaan dengan susunan tempat tinggal mereka, sama ada bersama ibu atau bapa atau kedua-duanya dalam konteks penjagaan bersama.

Wawancara itu dikendalikan bersama oleh kaunselor dan presiden mahkamah berbanding seorang hakim sahaja kerana kaunselor mempunyai kepakaran psikologi kanak-kanak dan pengetahuan mengenai tahap berbeza pembangunan anak-anak.

“Pemahaman seorang anak berusia lima tahun tentang perceraian berbeza dengan remaja berusia 15 tahun. Contohnya, seorang remaja itu rasa tertekan dengan masalah yang dihadapi ibu bapanya dan mungkin menjadi tempat mengadu ibunya. Jadi, pandangannya tentang perceraian lain dengan anak kecil.

“Perkara terakhir yang kami mahu adalah untuk mereka memilih. Mereka mempunyai hak kepada kedua-dua ibu bapa. Itulah mesej yang ingin kami sampaikan,” kata beliau.

Selain proses wawancara itu, Mahkamah Syariah boleh memanfaatkan pelbagai kaedah kehakiman dan merujuk kes kepada program campur tangan untuk memastikan keputusan selepas ibu bapa bercerai adalah demi kepentingan terbaik anak-anak.

Ini termasuk Laporan Penilaian Hak Penjagaan, lawatan dan pertukaran diselia, kaunseling dan Program Kanak-Kanak Dalam Perantaraan (Children-in-Between).

Peranan Cik Nur Izzah termasuk bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan agensi-agensi sosial demi memastikan kaedah kehakiman, rujukan atau campur tangan yang pelbagai itu dapat dijalankan dengan lancar dan mereka dapat lebih memahami masalah yang dialami anak-anak.

Cik Nur Izzah berkata terdapat keprihatinan besar tentang tekanan yang dihadapi anak-anak dalam proses perceraian dan tidak semua ibu bapa tahu tentang bantuan ataupun campur tangan yang sedia ada untuk anak-anak mereka.

Bahkan, ada anak-anak yang menyembunyikan perasaan bimbang, sedih, marah atau tertekan daripada ibu bapa dan terdapat juga anak yang berisiko mencederakan diri mereka sendiri dek cabaran emosi dan mental yang dialami.

“Sebahagian anak-anak ini telah mengalami tekanan emosi dan mental akibat konflik ibu bapa selama bertahun-tahun lamanya. Di mahkamah, hakim mendengar luahan ibu bapa melalui afidavit, peguam dan sebagainya.

“Tetapi, anak-anak tiada peguam. Oleh itu, saya berharap ibu bapa akan lebih sedar tentang impak kebajikan anak-anak apabila mereka membuat keputusan untuk bercerai,” kata beliau.

Dengan rangka kerja kaunseling mahkamah yang dilaksanakan tahun lalu, Cik Nur Izzah berharap bantuan yang dihulurkan kepada anak-anak kini lebih tertumpu dan disesuaikan mengikut keperluan mereka.

“Kami akan melancarkan lebih banyak program pada masa depan, Insya-Allah. Apabila sedia nanti, kami akan berkongsi lebih lanjut dengan orang ramai tentang bagaimana kami boleh membantu, terutama dari segi mengutamakan kepentingan anak-anak, dalam memelihara kebajikan anak-anak,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >