Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Kawalan pengambilan pekerja asing kemahiran rendah dorong syarikat rekrut warga tempatan

Feb 28, 2023 | 05:30 AM



KAWALAN lebih ketat untuk menggajikan pekerja asing berkemahiran rendah kemungkinan besar akan mendorong syarikat agar merekrut lebih ramai pekerja tempatan, berbanding dengan mengetatkan akses kepada pekerja asing berkemahiran tinggi.



Ini kerana perniagaan dapat menggantikan pekerja asing berkemahiran rendah yang lebih murah dengan mendapatkan lebih ramai pekerja tempatan serta memperbaiki proses pengeluaran yang sejajar dengannya, kata Menteri Tenaga Kerja, Dr Tan See Leng.



Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan yang diketengahkan oleh anggota Parti Pekerja, Encik Leon Perera (GRC Aljunied).



Dapatan ini berdasarkan kajian penilaian kesan pemerintah yang dijalankan secara tetap ke atas dasar, termasuk yang berkaitan dengan pekerja asing.



" Justeru, ini telah memberi kesan ke atas pendekatan kita agar kekal terbuka terhadap karyawan asing yang bermutu tinggi, sementara mengekalkan pendirian yang disiplin dalam mengawal pemegang permit kerja menerusi kuota dan levi," ujar Dr Tan.



Lebih 1.5 juta warga asing telah membantu mengisi jurang tenaga kerja di Singapura.



Ini kerana penduduk Singapura yang hanya seramai 4 juta orang, adalah sebahagian kecil berbanding dengan ekonomi yang bersaiz serupa di rantau ini, seperti Malaysia yang mempunyai 33 juta penduduk dan Vietnam yang mempunyai 99 juta penduduk.



"Adalah penting untuk dasar-dasar kita membolehkan syarikat mengakses pekerja asing yang saling melengkapi tenaga kerja setempat supaya firma boleh berkembang dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan," kata Dr Tan.



Bagaimanapun adalah penting juga untuk menarik perhatian bahawa kajian ini hanyalah satu aspek dalam seluruh proses penggubalan dasar dan mempunyai batasannya.



Kesan campur tangan yang dikaji juga mungkin berubah jika dikenakan dalam konteks yang melebihi skala tertentu atau tempoh masa yang berbeza, kata Dr Tan.



"Lantaran itu, maklumat ini perlu ditafsir dengan berhati-hati, di samping sumber maklumat lain, termasuk perangkaan pasaran pekerja yang lebih terkini serta maklum balas industri."



Menurut beliau, langkah berhati-hati yang diambil untuk mengawal tenaga kerja asing adalah perlu, kerana usaha mengetatkannya akan hanya berkesan pada satu peringkat sahaja sebelum ia memberikan hasil negatif.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >