Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kawasan bermain air di taman, Taman Air Panas Sembawang ditutup hingga 30 Mei

May 09, 2021 | 06:40 PM



SEMUA kawasan bermain air dan kemudahan riadah air di taman ditutup sejak Sabtu (8 Mei) hingga 30 Mei sejajar dengan langkah pengurusan selamat yang diperketat untuk mengekang penyebaran Covid-19 dalam masyarakat.


Lembaga Taman Negara (NParks) dalam satu kenyataan pada Ahad berkata kemudahan yang ditutup termasuk kawasan bermain air di Taman Kanak-kanak Jacob Ballas di Kebun Bunga Singapura, Taman Fort Canning, Taman Bishan-Ang Mo Kio dan Coastal PlayGrove di Taman East Coast.


Stesen air panas di Taman Air Panas Sembawang juga ditutup.


Kawasan taman yang menjadi terlalu sesak juga akan ditutup buat sementara waktu, kata NParks.


"Sebagai contoh, NParks akan menutup buat sementara waktu akses ke beberapa taman, bahagian pantai dan kemudahan, seperti tempat berteduh dan tempat letak kereta, apabila kawasan-kawasan itu menjadi terlalu sesak, untuk memastikan jarak selamat dapat dipatuhi. Kawasan-kawasan ini akan dibuka semula apabila kembali kurang sesak," katanya.


Ia menasihatkan orang ramai agar memeriksa portal Safe Distance @ Parks untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai tahap orang ramai sebelum ke taman.


Pengunjung juga harus memakai pelitup kecuali ketika melakukan senaman berat, makan, minum atau mengambil ubat, kata NParks.


Orang ramai juga harus memastikan jarak selamat sekurang-kurangnya 1 meter dari pengunjung lain dan memastikan setiap kumpulan mempunyai tidak lebih daripada lima orang.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >