Keadaan Encik Lee Kuan Yew kekal kritikal

MANTAN perdana menteri, Encik Lee Kuan Yew, terus berada dalam keadaan kritikal, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, yang baru dikeluarkan tadi.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, mengucapkan terima kasih atas sokongan dan ucap selamat yang diberikan orang ramai.

Encik Lee, 91 tahun, kini dirawat di Unit Jagaan Rapi (ICU), Hospital Besar Singapura, setelah menghidapi radang paru-paru.