Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kebakaran di firma kimia di Tuas sebesar saiz padang bola

Jul 05, 2023 | 02:59 PM



Satu kebakaran di bangunan perindustrian yang menyimpan bahan kimia di Tuas berjaya dipadam oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) pada pagi Rabu.

SCDF dimaklumkan sekitar 2 pagi tentang kebakaran itu yang meliputi kawasan sebesar satu padang bola di 11 Tuas Link 1.

Menurut SCDF, sebanyak 30 kenderaan kecemasan dan sekitar 100 anggota bomba dari dua balai dan satu unit penyelamat khas dihantar ke tempat kejadian.

Bangunan terlibat milik syarikat Megachem, pemborong dan pengedar bahan kimia khusus. SCDF berkata terdapat bahan kimia yang disimpan di premis itu tetapi tidak mendedahkan kemungkinan punca kebakaran.

SCDF memberi maklumat terkini di pos Facebooknya bahawa api berjaya dikawal sekitar 6.15 pagi menggunakan lima pancutan air dan buih serta dua jentera pemadam kebakaran tanpa pemandu.

Anggota bomba kemudian menjalankan operasi pelembapan untuk mengelakkan kebakaran bermula semula.

SCDF berkata seorang anggota bomba dibawa ke Hospital Besar Ng Teng Fong selepas beliau mengalami pening kepala semasa operasi. Anggota bomba itu dibenarkan keluar dari hospital dan akan diberi masa untuk berehat. SCDF akan terus memeriksa kesihatannya.

Orang ramai dinasihatkan supaya menjauhi kawasan tersebut.

Ekoran kebakaran itu, perkhidmatan kereta api antara stesen Tuas Link dan Tuas West Road di laluan MRT Timur–Barat digantung hampir dua jam.

Menurut pos Facebook SMRT, perkhidmatan kereta api di laluan itu digantung pada 5.32 pagi dan disambung semula sekitar 7.20 pagi.

Seorang lelaki yang bekerja di bangunan bersebelahan dengan premis Megachem berkata beliau terpaksa mengubah perjalanan biasanya ke tempat kerja.

“Saya dalam perjalanan ke kerja sekitar 7.30 pagi dan masih nampak asap hitam dari bangunan itu.

“Tetapi jalan raya sudah dikepung jadi saya terpaksa guna jalan lain untuk ke tempat kerja. Asap hilang sekitar 8 pagi,” kata lelaki itu yang hanya mahu dikenali sebagai Encik Lim.

Seorang lagi yang mahu dikenali sebagai Encik Ahmad, pekerja di syarikat farmaseutikal MSD tidak jauh dari tempat kejadian, berkata: “Saya dapat mengesan bau kimia terbakar yang pelik. Adalah sedikit pedih.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >