Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kebakaran di luar pondok polis Boon Keng: Lelaki berusia 30 tahun didakwa

Polis tidak sifatkan insiden sebagai pengganasan
Mar 14, 2020 | 04:00 PM



Seorang lelaki berusia 30 tahun telah ditangkap dan didakwa kerana memulakan kebakaran dan membuat kacau di depan pondok polis kejiranan di Boon Keng, kata polis.



Tiada yang cedera akibat insiden itu, yang kata polis, bukan perbuatan pengganasan.



Lelaki yang ditangkap itu bertindak sendirian dan telah membakar beberapa beg berusi baju yang dijirus minyak dan memecahkan pintu kaca di pondok polis itu, kata polis



Meskipun lelaki itu telah menconteng perkataan “ISIS” di beberapa tembok blok HDB itu, siasatan awal menunjukkan lelaki itu berbuat demikian kerana tidak puas hati dengan ketidaksaksamaan dalam masyarakat, kata polis.



Sivaprakash Mailravanan, seorang warga Singapura, didakwah di mahkamah pada Sabtu (14 Mac) kerana membuat kacau menggunakan api. Sivaprakash akan ditahan bagi siasatan lanjut dan polis akan mendapatkan perintah mahkamah untuk menghantarnya mendapatkan penilaian psikiatri.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata kebakaran itu melibatkan beberapa pakaian dan aerosol.



Menurut penduduk, mereka mendengar bunyi letupan kuat dari arah pondok polis itu sekitar 11 malam.



Seorang penduduk  Towner Road, Cik Renie Cheong, 17 tahun, berkata beliau melihat seorang lelaki berjalan ke arah sebuah lori di hadapan pondok polis itu untuk mengambil cat sembur dan menconteng perkataan ‘ISIS’ pada tembok yang berdekatan.



Selepas itu, lelaki itu melompat ke atas lori itu dan mencampakkan beberapa kad pakau ke lantai, katanya.



Tambahnya, muzik yang kuat turut bermain daripada lori itu.



Polis dimaklumkan tentang kejadian itu sekitar 11.10 malam tadi dan siasatan sedang dijalankan.



Anggota Parlimen GRC Jalan Besar, Encik Heng Chee How, yang turut turun padang ke tempat kejadian berkata NPP Kallang itu tidak dikendalikan pegawai.



“Saya pasti polis akan menyiasat kejadian ini dan menentukan siapa lelaki itu dan mengapa beliau melakukan demikian.



“Saya memberi jaminan kepada penduduk bahawa polis akan memastikan estet ini akan kekal selamat,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >