Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kebakaran di Yishun: 10 penduduk dikejarkan ke hospital, 100 yang lain kosongkan flat

Jun 29, 2021 | 05:02 PM



SERAMAI 10 orang termasuk seorang pegawai polis dikejarkan ke hospital kerana terhidu asap selepas kebakaran berlaku di Blok 141, Yishun Ring Road, pada pagi Selasa (29 Jun).



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) mengatakan ia diberitahu tentang api di unit bilik tidur utama tingkat tiga, empat dan lima sekitar 8.30 pagi.



Sekitar 100 penduduk yang menetap di unit hingga tingkat 10 juga telah mengosongkan rumah mereka sebelum SCDF tiba.



Video yang tersebar dalam talian menunjukkan api jingga menjilat unit di tingkat tiga, empat dan lima.



Asap kelabu tebal pula kelihatan berkepul-kepul di flat tingkat atas.



SCDF menambah api itu telah dipadamkan dengan tiga pancuran air. Lima pegawai SCDF yang tidak bekerja dan berada di kawasan itu turut membantu dengan operasi perubatan dan melawan api.



Di kemuncak operasi melawan api ini, pancuran air tambahan telah disemburkan di bahagian luar blok ini bagi memadamkan api yang mula merebak sehingga tampak mengganas keluar dari bilik tidur, tambah SCDF.



Punca kebakaran ini sedang disiasat.



Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, berkata empat unit flat itu keseluruhannya hangus dijilat api dengan kebakaran bermula dari unit dengan penghuninya seorang wanita tua.



"Mujurlah, kerosakannya terbatas pada empat unit ini sahaja. Dalam masa enam minit (apabila kebakaran bermula), pasukan bermotosikal dari Balai Bomba Yishun tiba dan dalam masa seminit lagi kereta bomba pun tiba...Kebakaran yang berlaku di dalam kawalan dalam masa 10 minit," tambah beliau.



Penghuni empat unit ini diberi perlindungan di Balai Rakyat Chong Pang dengan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan memberi mereka perumahan sementara.



"Kita mempunyai penduduk semakin menua dan kes kebakaran. Justeru, kita perlu berhati-hati tentang perkara ini. Kita beruntung tiada kematian tetapi akan usahakan sebaiknya demi membantu orang ramai," tambah Encik Shanmugam.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >