Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kebanyakan bayi yang minum formula terjejas di KKH dan NUH dalam keadaan baik

Aug 23, 2018 | 03:01 PM



SERAMAI 11 daripada 13 bayi yang minum susu formula Dumex yang mungkin mengandungi bakteria dan ditarik balik oleh pihak berkuasa baru-baru ini kini berada dalam keadaan sihat, kata jurucakap Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) hari ini (23 Ogos).



Pihak hospital masih cuba menghubungi ibu bapa atau penjaga baki dua bayi.



Penjaga seorang lagi bayi yang mungkin minum susu formula Dumex Mamil Gold Infant Milk Formula - Stage 1 (850 gram) yang ditarik balik oleh Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA) itu di Hospital Universiti Nasional (NUH) pula telah dinasihatkan untuk memantau keadaan anak itu dan mendapatkan rawatan sekiranya simptom tertentu muncul.



Kementerian Kesihatan (MOH) berkata kelmarin bahawa formula susu yang terjejas itu telah digunakan di kedua-dua KKH dan NUH antara 1 dengan 20 Ogos lalu.



Mereka telah menghubungi ibu bapa dan penjaga yang mungkin telah menerima formula susu berkenaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >