Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kebanyakan guna platform sebagai kerja utama usia 50 tahun ke atas

Apr 06, 2022 | 05:30 AM



MAJORITI daripada mereka yang bergantung pada platform sebagai pekerjaan utama berusia 50 tahun ke atas, dengan 80 peratus daripada mereka menganggap kerja platform sebagai kerjaya pilihan, kata Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon.



Sementara itu, 55 peratus pekerja platform menunjukkan sokongan terhadap idea membuat caruman wajib ke dalam Tabung Simpanan Pekerja (CPF) mereka, kata Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon.



Jumlah itu berdasarkan perkongsian pandangan 1,200 pekerja platform bersama Jawatankuasa Penasihat mengenai Pekerja Platform.



Jawatankuasa itu mendekati 20,000 pekerja sedemikan bagi mendapatkan pandangan mereka.



Menjawab soalan beberapa Anggota Parlimen (AP), termasuk Encik Mohd Fahmi Aliman (GRC Marine Parade), semalam, Dr Koh berkata perumahan merupakan sebab paling sering disebutkan pekerja platform yang menyokong caruman wajib CPF, diikuti dengan persaraan.



"Ini tidak menghairankan, kerana pekerja platform hari ini hanya membuat sumbangan CPF ke akaun Medisave bagi keperluan penjagaan kesihatan mereka," kata Dr Koh.



Cik Yeo Wan Ling (GRC Pasir Ris-Punggol) bertanya bagaimana caruman CPF bagi pekerja platform bakal dilaksana.



Dr Koh menjawab bahawa mekanisme sesuai akan dibangunkan untuk memastikan pematuhan.



Beliau akur jika caruman CPF diwajibkan bagi pekerja platform, syarikat platform juga mesti membuat caruman tersebut.



"Meskipun ini akan meningkatkan kos perniagaan mereka, ia bukanlah lebih teruk daripada syarikat lain yang menggajikan pekerja dalam sektor serupa, misalnya logistik dan pengangkutan.



"Lagi pula, syarikat platform sudah pun membuat caruman CPF bagi eksekutif pengurusan dan kakitangan pentadbiran mereka hari ini," ujarnya.



Awal sebelum ini, tinjauan bersama yang dijalankan oleh tiga syarikat penyedia wadah penghantaran makanan terbesar di Singapura - Deliveroo, foodpanda dan Grab - melibatkan sekitar 4,200 responden mendapati 61 peratus pekerja penghantaran makanan tidak mahu pendapatan yang diraih daripada pekerjaan 'gig' mereka dipotong secara langsung bagi caruman CPF.



Menurut Dr Koh, Jawatankuasa Penasihat mengenai Pekerja Platform sedar akan beberapa tinjauan yang telah dilakukan syarikat platform, namun berkata "tinjauan-tinjauan ini berbeza dalam metodologi" dan "sebahagian tinjauan tidak merangkumi kawalan pengurusan dan cabaran yang dihadapi pekerja platform".



"Kajian etnografi bebas oleh IPS ke atas pekerja penghantaran mendapati mereka yang berminat memperoleh pendapatan lebih daripada $4,000 sebulan mungkin perlu bekerja lebih 10 jam sehari, enam hingga tujuh hari seminggu, berbasikal sekurang-kurangnya 60 hingga 70 kilometer setiap hari dan tidak menolak sebarang pesanan yang ditetapkan.



"Terdapat tekanan fizikal dan mental ketara yang dikenakan ke atas pekerja ini," ujar Dr Koh.



Sementara itu, menjawab soalan Encik Liang Eng Hwa (SMC Bukit Panjang) dan AP pembangkang Leon Perera (GRC Aljunied) tentang prospek kerjaya jangka panjang pekerja platform, Dr Koh berkata:



"Kami akan terus menyokong pekerja platform untuk merancang kerjaya mereka secara aktif dan mengukuhkan kebolehpasaran mereka, sambil menghormati pilihan ramai daripada mereka untuk meneruskan kerja platform."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >