Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keberangkatan kumpulan pertama jemaah S'pura ke Tanah Suci

Jun 25, 2022 | 02:36 PM



KUMPULAN pertama jemaah haji Singapura seramai 47 orang daripada ejen penjualan pakej haji individu (IGSA), Halijah Travels, telah selamat berangkat ke Tanah Suci dalam jadual penerbangan sekitar 4.30 petang Sabtu (25 Jun).


 


Dalam pada itu, kumpulan 46 jemaah daripada Shahidah Travel & Tours pula dijadualkan berangkat pada 8.35 malam Sabtu (25 Jun).




Menurut jurucakap Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) yang dihubungi Berita Minggu, jemaah Halijah Travels berangkat dengan penerbangan Scoot manakala jemaah Shahidah Travels & Tours yang ke Tanah Suci dengan penerbangan Saudia.


 


Pengurus besar Haljah Travels, Encik Haffidz Abdul Hamid, berkata kesemua jemaah berada dalam keadaan bersiap sedia mengerjakan rukun Islam kelima dengan sebilangannya merupakan jemaah yang sepatutnya berangkat pada 2020 tetapi  tertunda ibadahnya kerana sekatan Covid-19.


 


“Rata-rata, mereka yang sudah terima tawaran pada 2020 dan terpaksa menundanya sudah lengkapi diri dengan pengetahuan dan keperluan yang perlu dipenuhi di Tanah Suci. Jemaah kami tahun ini pula adalah dalam kalangan yang ditawarkan memenuhi kuota asal yang diberi kepada Singapura iaitu 407 orang.


 


“Kami tidak mengambil jemaah tambahan yang ditawarkan tempat pada saat akhir apabila kelulusan diberi bagi tambahan kuota jemaah Singapura kerana khuatirkan kesuntukan masa dan enggan timbulkan situasi tergesa-gesa sehingga boleh menimbulkan cabaran perjalanan buat jemaah dan operasi bagi pihak kami.


 


“Lagi pun, melihat pada jumlah kes Covid-19 yang masih tidak menentu dan kelihatan meningkat, kami harus lebih berjaga-jaga,” katanya yang menyifatkan kursus haji dalam Zoom serta kursus haji dwibahasa  di Madrasah Aljunied, banyak membantu jemaahnya.


 


Antara jemaah kumpulan pertama semalam adalah Cik Hamidah Abdul Karim, 50-an tahun, aktivis bunga profesional, yang mengerjakan haji bersama suaminya, Encik Hassan Ali, awal 60-an tahun, di bawah Shahidah Travel & Tours.


 


“Kami sepatutnya berangkat pada 2020 tetapi terpaksa menangguhkannya kerana Covid-19.


Pastinya ada hikmah di sebalik segalanya kerana dalam tempoh dua tahun itu, kami dapat lebih mempersiapkan diri kami. Kami berdoa kami diberi kesihatan untuk menjalankan ibadah yang memerlukan stamina minda, emosi dan fizikal,” katanya.


 


 



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >